Bekas pemain skuad kebangsaan Sepanyol, Juan Mata menjadi pemain bertarag bintang terbaru yang beraksi dalam saingan Liga Jepun dimana beliau sah menyertai Vissel Kobe.

Perkara ini disahkan oleh pihak kelab menerusi pengumuman menerusi laman media sosial rasmi kelab dimana Mata bakal menggantikan bekas rakan sepasukan ketika di Sepanyol iaitu Andres Iniesta yang meninggalkan kelab baru-baru ini.

Musim lalu, Mata beraksi bersama kelab Turkiye, Galatasaray setelah meninggalkan Manchester United dimana beliau membuat 18 penampilan selama semusim.

Ramai pihak yang menjangkakan pemain berusia 35 tahun itu bakal mengikut jejak langkah pemain bintang yang lain dengan beraksi di Saudi Pro League namun Mata mengambil keputusan untuk beraksi di Jepun.

Selepas menandatangani kontrak bersama Kobe, Juan Mata menegaskan beliau mahu membantu kelab barunya untuk memenangi kejuaraan liga.

“Terima kasih untuk sambutan yang menakjubkan, Jepun! Saya kagum dengan negara ini dan juga budaya yang ada dan sekarang ialah masa untuk menikmati kehidupan di Kobe.

“Terima kasih kepada semua yang menjadikan perpindahan ini satu realiti. Saya akan cuba sedaya upaya untuk memenangi satu lagi kejuaraan liga,” katanya.

Mata menghabiskan lapan setengah musim di United selepas menyertai Chelsea pada Januari 2014. Pemain Sepanyol itu menjadi pemain yang sangat disayangi di Old Trafford, mencatatkan 51 gol dan 47 bantuan goo dalam 285 penampilan di semua pertandingan.

Ketika bersama Chelsea, mata pernah memenangi trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2012 dengan menewaskan Bayern Munich menerusi penentuan sepakan penalti.