Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Piala Malaysia 2022 selepas menewaskan pasukan Selangor dengan keputusan 2-1 pada aksi akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Kedua-dua pasukan tampil garang dimana barisan serangan terus menguji benteng pertahanan lawan dan peluang awal hadir menerusi Mukhairi Ajmal yang membuat percubaan dari luar kawasan penalti.
Leandro Velazquez kemudiannya memiliki peluang baik untuk menjaringkan gol namun rembatannya sekadar melewati pintu gol Selangor yang dikawal oleh Khairuazhan Khalid.
Selangor meneruskan asakan ke kubu lawan dan Hein Htet Aung hampir meletakkan Gergasi Merah di hadapan namun rembatannya terkena pemain pertahanan JDT. Caion turut memiliki peluang keemasan namun tandukannya hasil daripada sepakan percuma gagal menepati sasaran.
Jaringan pembukaan yang ditunggu-tunggu akhirnya hadir apabila Caion menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-43 setelah Htet Aung dikasari oleh Matthew Davies dalam kawasan penalti JDT.
https://twitter.com/mfl_my/status/1596505230442909696?s=46&t=mQbW2W41SLMwzvgU3-E70Q
Namun skuad Harimau Selatan tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan Bergson Da Silva pada minit ke-45 yang menanduk masuk boleh hasil daripada sepakan sudut yang mana beliau langsung tidak dikawal. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 1-1.
https://twitter.com/mfl_my/status/1596507217435377665?s=46&t=mQbW2W41SLMwzvgU3-E70Q
Memasuki separuh masa kedua, JDT tampil lebih bertenaga dimana mereka terus menekan barisan pertahanan Selangor yang dilihat sedikit leka.
Hasilnya, Fernando Forestieri menjaringkan gol kedua JDT dimana beliau melakukan rembatan dari luar kawasan penalti Selangor dimana sebelumnya Azhan berjaya menyelamatkan percubaan Bergson.
https://twitter.com/mfl_my/status/1596516025721589761?s=46&t=mQbW2W41SLMwzvgU3-E70Q
Selangor cuba untuk menyamakan kedudukan dimana mereka terus melancarkan gerakan serangan namun barisan pertahanan JDT kental bertahan sekaligus memastikan keputusan 2-1 kekal memihak kepada mereka.
Tiada tambahan gol berjaya dihasilkan sekaligus JDT muncul sebagai juara bagi edisi musim ini.
Skuad kendalian Hector Bidoglio menjadi kelab pertama di Malaysia yang memenangi Quadruple yang mana sebelum ini mereka memenangi Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super.
Skuad JDT II yang beraksi di saingan Liga Premier turut muncul juara sekaligus melengkapkan musim gemilang bagi kelab dari Selatan tanah air itu.