Bayern Munich kembali ke puncak Bundesliga pada hari Sabtu, menewaskan Borussia Dortmund 4-2 di tempat sendiri untuk memberikan Thomas Tuchel permulaan impian sebagai pengurus baharu pasukan gergasi Bavaria itu.

Aksi Der Klassiker – antara Bayern Munich dan Borussia Dortmund – sentiasa menjadi perhatian. Dengan perseteruan kedua dua kelab pada era moden.

Ia adalah aksi debut Thomas Tuchel sebagai pengurus Bayern, setelah dilantik menjadikan Julian Nagelsmann.

Perlawanan kali ini juga boleh menjadi penentu kepada kejuaraan liga pada akhir musim ini. Di mana Borussia Dortmund turun sebagai pendahulu.

Gol sendiri yang mengejutkan daripada penjaga gol Dortmund, Gregor Kobel, serta dua penyudah tenang daripada Thomas Mueller membolehkan Bayern mendahului 3-0 pada minit ke-25.

Kingsley Coman menambah gol keempat sejurus selepas separuh masa untuk meletakkan Bayern 4 gol di hadapan.

Dortmund kemudian meledak 2 gol saguhati menerusi penalti Emre Can dan Donyell Mallen.

Tuchel, yang memenangi kejuaraan Piala Jerman selama dua tahun mengendalikan Dortmund, hanya mengadakan satu sesi latihan bersama Bayern tetapi Kobellah yang memberi mereka permulaan cemerlang pada minit ke-13.

Penjaga gol itu, yang kembali selepas lima minggu direhatkan kerana kecederaan, menyerbu keluar dari kotaknya untuk mencuba untuk mengeluarkan hantaran lawan.

Namun dia melakukan sentuhan lemah pada bola yang terus masuk ke gawangnya sendiri.

Muller kemudian mencetak 2 gol. Pertamanya daripada sentuhan ‘poacher’ klasik. Dan kedua adalah daripada situasi bola muntah.

Coman menjaringkan gol dengan menampan kemas bola ke dalam gawang Dortmund. Menutup sebarang ruang untuk pasukan lawan bangkit.

Emre Can menyempurnakan penalti saguhati selepas Serge Gnabry mengasari Jude Bellingham di dalam kotak penalti. Can dengan tenang merembat masuk penalti tersebut.

Manakala penyerang Belanda Donyell Malen menambah gol kedua untuk Borussia Dortmund pada minit akhir permainan. Dia selayaknya mendapat gol tersebut, setelah menjadi antara pemain cemerlang secara individu dalam perlawanan ini.

Tamat perlawanan, Bayern 4 Borussia Dortmund 2. Ianya permulaan impian Thomas Tuchel bersama Bayern.

Saksikan rangkuman aksi kedua dua pasukan di sini: