Ketua jurulatih pasukan Selangor, B.Satianathan mengakui kekalahan kepada Kedah dalam saingan Liga Super 2020 adalah kesalahan beliau dan juga para pemain.

Selangor mengalami kekalahan pertama musim ini dimana mereka tunduk dengan keputusan 2-0. Namun, Satia kali ini tidak membuat sebarang alasan dan beliau menegaskan keputusan yang diperoleh di Darul Aman merupakan kesalahan beliau dan anak-anak buahnya.

B.Satianathan
Sumber Gambar: Stadium Astro

“Kami tidak bermain dengan baik. Setelah gol pertama dijaringkan, kita bagaikan hilang punca. Saya kena tengok balik macam mana gol tu dijaringkan. Nampak seperti soft goal.

“Separuh masa kedua kita cuba untuk bangkit. Namun sayang kita bagaikan tiada idea untuk mencari peluang. Ramai yang beraksi under pressure. Sepatutnya tiada tekanan kerana kita beraksi di stadium kosong.

“Kesilapan saya ialah saya terlalu percaya kepada sesetengah pemain. Tetapi mereka bagaikan tiada di dalam padang,” kata Satia.

B.Satianathan
Sumber Gambar: MFL

Tambah Satia, beliau akan menegur beberapa pemain yang gagal untuk mempamerkan prestasi terbaik pada perlawanan semalam.

“Beberapa pemain membuat kesilapan dan saya akan tegur mereka. Mungkin saya tidak akan turunkan pemain tersebut walaupun dia pemain import.

“Selepas ini, kami harus memperbaiki kesilapan. Tiada alasan dari saya. Malam ini (semalam) padang berada dalam keadaan baik cuma persiapan kami kurang baik serta pemain tiada idea untuk memecahkan benteng pasukan Kedah,” tambahnya.

Kelonggaran barisan pertahanan sekali lagi menjadi punca kegagalan Selangor untuk meraih kemenangan kedua dalam saingan Liga Super.

Jaringan Renan Alves dan Kpah Sherman sudah cukup untuk memberikan kemenangan pertama bagi Kedah dalam saingan liga.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

Selalu Dihina Dan Serangan “Racist” Faktor Utama B.Satianathan Buat Laporan Polis

Benteng Pertahanan Selangor Rapuh, Tuai Kritikan Pedas Dari Peminat

B.Sathianathan: “Dah 62 Tahun Merdeka, Masih Lagi Maki Dengan Perkataan Keling Dan Anjing. Itu Fans Ke?”