Bunyinya agak sukar dipercayai apabila membincangkan Everton kemungkinan tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris.
Kekalahan di tangan Tottenham baru baru ini, bukan sahaja besar dari segi skor dicatatkan iaitu 5-0 namun ianya memberikan kesan sangat besar kepada kedudukan Everton dalam carta liga sekarang.
Spurs destroy Everton 🔨 pic.twitter.com/JUDYyX5xqD
— 433 (@433) March 7, 2022
Everton kini berada di tangga ke-17. Hanya 1 mata di atas zon penyingkiran.
Jika Everton tersingkir, mereka akan menjadi pasukan yang terkena impak paling teruk berbanding dengan mana mana pasikan lain.
Ini kerana mereka adalah pasukan yang memiliki gaji paling tinggi dari kalangan bukan big six. Seterusnya Telegraph melaporkan bahawa tidak ada seorang pun pemain Everton yang ada klausa penyingkiran.
Everton facing huge financial headache if they go down as players lack significant relegation clauses | @Matt_Law_DT reports https://t.co/297U9nolYf
— Telegraph Football (@TeleFootball) March 8, 2022
Klausa yang biasanya dimasukkan oleh pasukan pada gaji pemain. Di mana, jika pasukan tersingkir daripada EPL, pemain akan menerima pengurangan gaji pada musim mereka beraksi di liga divisyen kedua.
Kelab kelab seperti Norwich City, Watford dan Burnley, kesemuanya sudah ada pelan khas jika mereka tersingkir, kerana menanggapi impak kewangan yang melanda jika perkara itu berlaku.
Everton masih belum mengeluarkan laporan kewangan musim 2021/22. Namun dalam laporan mereka pada tahun sebelumnya, mereka membayar bil gaji pemain sebanyak £165 juta.
Dah tentunya musim ini ada pengurangan kerana James Rodriguez sudah dilepaskan. Namun tidak banyak sangat bezanya. Tetapi ianya diimbangi dengan pembayaran pampasan pemecatan pengurus dan kedatangan pemain baharu seperti Dele Alli, Donny Van De Beek.
Itu yang menjadikan mereka antara kelab yang paling tinggi membayar gaji pemain di EPL malah di Eropah sekalipun. Terutama sekali untuk pasukan yang tidak beraksi dalam pertandingan Eropah.
Di luar kelompok big six – merujuk kepada Liverpool, Man United, Chelsea, Arsenal, Spurs dan Man City – Everton sudah pastinya memiliki bil gaji pemain tertinggi. Mereka memiliki ramai pemain yang menerima lebih £100,000 seminggu termasuk Yerry Mina, Andre Gomes, Jordan Pickford dan Richarlison. Sementara Dominic Calvert-Lewin pula hampir dengan angka tersebut.
Malah sebelum ini Everton pernah terancam bakal dipotong mata kerana menanggung kerugian lebih £260 juta untuk penggal kewangan dari 2017-2019. Ianya lebih £155 juta daripada angka dibenarkan. Oleh kerana situasi covid yang melanda, FFP memberikan peluang kepada semua pasukan.
EXCLUSIVE: Everton risk a Premier League points DEDUCTION as they teeter on the brink of breaking profit and sustainability rules | @MattHughesDMhttps://t.co/zbr0MmkG7e
— Mail Sport (@MailSport) March 8, 2022
Telegraph menyatakan bahawa Everton langsung tidak menyangka mereka berada dalam kedudukan seteruk ini. Walaupun Frank Lampard sudah menyatakan dia mahukan Donny Van De Beek secara tetap. Impian itu akan mati begitu sahaja jika mereka tersingkir.
Keadaan menjadi lebih sukar apabila Everton mengumumkan mereka menamatkan kerjasama dengan penaja dari Rusia iaitu USM, Megafon dan Yota selepas Alisher Usmanov digantung oleh Kesatuan Eropah.
#Breaking: The nearly 100-person crew on sanctioned #Russian #billionaire Alisher #Usmanov's yacht Dilbar was terminated yesterday. The UK-based company that employs them sent an email stating that it can't pay salaries due to sanctions. Read more @Forbes:https://t.co/NkTf2HwcnN
— Giacomo Tognini (@giacomotognini) March 8, 2022
Seterusnya, Cazoo juga mengesahkan mereka gagal mencapai kesepakatan tajaan untuk jersi musim hadapan.
Perkara ini membuatkan ramai penganalisis merasakan bahawa cara terbaik untuk menyelamatkan Everton adalah dengan menjual kelab tersebut. Tetapi nilai semasa kelab itu pastinya sukar untuk divaluasi kerana situasi kewangan kelab dan penaja.
Para pemain sudah diingatkan bahawa 2 perlawanan seterusnya adalah sangat penting iaitu berdepan Wolverhampton Wanderers pada Ahad, diikuti aksi berdepan dengan Newcastle United pada pertengahan minggu.
Seterusnya ada perlawanan menentang Watford. Tetapi aksi menentang Crystal Palace akan dijadualkan semula.
Selepas itu Everton ada jadual perlawanan sangat sukar. Mereka akan menentang West Ham United, Manchester United, Liverpool, Chelsea, Leicester City, Brentford dan Arsenal.
Everton are in massive trouble. Biggest concern has to be the lack of leadership and the lack of characters who’ve experienced relegation battles.
You’ve got guys like Allan, VDB, Gomes and Dele Alli who are used to European nights. They didn’t sign up for a dog fightðŸ˜ðŸ˜ pic.twitter.com/h7y7lZMEkX
— Lyés (@LyesBouzidi10) March 7, 2022
Berdasarkan prestasi semasa mereka, tidak pasti berapa mata yang akan mereka dapat daripada aksi aksi tersebut.
Sejak Lampard mengambil alih daripada Rafael Benitez, beliau berjaya membimbing Everton menang 3 perlawanan. Namun hanya 1 daripada Liga Perdanan Inggeris. Dan 4 kali sudah Lampard merasai kekalahan bersama Everton dalam liga.