Juara bertahan, Jerman tersingkir dari kejohanan Piala Dunia Russia 2018 diperingkat kumpulan apabila kalah 0-2 kepada Korea Selatan di Kazan Arena.

2 gol Korea Selatan dijaringkan oleh Young-Gwon Kim dan Heung-Min Son, kedua-duanya dalam masa kecederaan separuh masa kedua perlawanan.

Dengan terkeluarnya Jerman dari saingan edisi 2018 ini, skuad Die Mannschaft ini telah mengulangi rekod sama yang telah dilakukan pada edisi 1938.

Kali Pertama Tersingkir Dari Peringkat Kumpulan Sejak 1938

Jerman hanya 2 kali pernah tersingkir dari peringkat kumpulan kejohanan Piala Dunia iaitu dalam edisi 1938 di Perancis – tewas 4-2 dalam sepakan penalti kepada Switzerland selepas seri 1-1 dan edisi 2018 – tewas 0-2 kepada Korea Selatan.

 

Juara Bertahan Ke 3 Berturut-turut Tersingkir Diperingkat Kumpulan

Sebagai juara bertahan, Jerman bukanlah pasukan pertama yang melalui saat yang menghampakan ini.

Itali juara Piala Dunia 2006, tersingkir dari peringkat kumpulan di Piala Dunia 2010 manakala Sepanyol juara 2010 turut tersingkir di peringkat kumpulan dalam edisi 2014 di Brazil.

Dan kini, Jerman muncul sebagai pasukan juara bertahan ke 3 berturut-turut tersingkir diperingkat kumpulan.

 

Kali Pertama Dalam Sejarah Piala Dunia Jerman Bolos 2 Gol Dalam Masa Kecederaan

Skuad bimbingan Joachim Low ini telah melepaskan 2 gol dalam masa kecederaan separuh masa kedua buat kali pertama dalam sejarah penyertaan mereka dipentas Piala Dunia.

2 gol itu terhasil pada minit ke 90+2oleh Young-Gwon Kim dan 90+6 oleh Heung-Min Son dalam perlawanan terakhir kumpulan F.

 

3% ‘Conversion‘ Dari Keseluruhan 72 Percubaan Dalam Piala Dunia 2018

Dalam edisi 2018 ini, skuad Jerman telah melakukan 72 percubaan ke gawang pihak lawan dalam 3 perlawanan peringkat kumpulan F.

Dari jumlah itu hanya 3% sahaja telah berjaya menghasilkan gol kepada pasukan Jerman. 2 gol tersebut adalah jaringan Marco Reus dan Toni Kroos ketika bertemu Sweden pada perlawanan ke 2 peringkat kumpulan F.

jerman tersingkir piala dunia 2018

Setakat ini, mereka adalah pasukan ke 2 paling buruk statistik ‘conversion‘ ini selepas Costa Rica dengan rekod tanpa sebarang jaringan 0% ‘conversion‘.

 

Gagal Mendahului Lawan Sehingga Tamat Separuh Masa Pertama Sejak 1986

Melalui rekod yang dikeluarkan oleh Opta, skuad Jerman 2018 ini adalah pasukan pertama yang gagal mendahului pihak lawan sehingga tamat separuh masa pertama sejak kali terkahir melakukannya pada 1986.

Sweden selaku juara kumpulan F dan Mexico sebagai naib juara mara ke pusingan kalah mati 16 terbaik, menanti lawan dari kumpulan E diantara Brazil, Switzerland ataupun Serbia.