Jepun melalui Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) telah banyak membantu pembangunan sukan bola sepak di Bhutan serta beberapa negara kecil lain diserata Asia untuk memperkasakan lagi sukan itu dikalangan penduduk tempatan.

Program penghantaran juarulatih, pengarah teknikal, pengadil serta pengurusan telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada negara-negara ini untuk menghidupkan bola sepak.

Selepas berjaya mewujudkan J.League hampir 25 tahun yang lalu, mereka tahu melalui bola sepak mampu untuk memberikan satu ‘life’ kepada penduduk yang mungkin selama ini berasa mereka tidak wujud dalam sukan ini.

Selain itu, program ini juga dibuat bagi mencungkil bakat-bakat jurulatih mereka bagaimana untuk ‘develop’ pemain dari sebuah negara yang boleh dikatakan tiada sambutan langsung dalam bola sepak. Disini mereka mampu mengasah kebolehan jurulatih-jurulatih mereka untuk memaksimakan potensi yang ada serta menimba pengalaman sebaik mungkin.

Pelbagai Program Diadakan Untuk Semua Negara Dibawah AFC

Sehingga kini, ada 6 program berlainan ditawarkan oleh pihak JFA untuk semua negara dibawah gabungan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Misi JFA adalah untuk memberikan masa depan yang cerah melalui bola sepak dan menyumbang kepada perkembangan sukan ini di Asia, bertindak sebagai ‘role-model’ kepada 46 negara dibawah gabungan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), serta mengetuai pelbagai program sebagai usaha sokongan kepada pihak AFC sendiri.

2018-04-02_14-35-05

6 program utama dibawah kendalian JFA dalam usaha membantu perkembangan sukan bola sepak dirantau Asia.

1) Penghantaran jurulatih berlesen yang diiktiraf oleh JFA ke negara terpilih.
2) Pembangunan bakat remaja melalui ‘JFA Youth Program’.
3) Kursus kejurulatihan antarabangsa JFA.
4) Kursus Instruktor Pengadil Antarabangsa JFA.
5) Menerima pasukan, pemain serta jurulatih dari seluruh Asia.
6) Menerima wakil liga negara-negara Asia dan juga persatuan bola sepak negara.

Wakil JFA Berkhidmat Di Bhutan

Ketika ini ada 2 wakil dari Jepun yang dihantar oleh JFA untuk ‘menurunkan’ ilmu kepada rakyat tempatan.

1) Atsushi Hanita, Jurulatih Penjaga Gol Lebangsaan Bhutan

21765755_1552023581486702_8410311888034064061_o

Selepas Bhutan berjaya melayakkan diri ke pusingan ke 2 kelayakan Piala Dunia Zon Asia, JFA terus menghantar Atsushi Hanita untuk memberikan sokongan kepada pasukan tersebut.

Sehingga hari ini, Atsushi masih lagi berkhidmat bersama pasukan tersebut apabila kontrak baru beliau diperbaharui sehingga 31 Januari 2019.

Atsuhi memiliki lesen kejurulatihan penjaga gol kelas A dari JFA dan juga bertindak sebagai instruktor kepada 47 FA seleuruh Jepun.

2) Atsushi Nakamura. Ketua Jurulatih Skuad Akademi, U16  & U19 Bhutan

5ab9aa50-a188-4aa4-8ad1-20bcd3093d95

Seorang lagi wakil dari JFA yang dihantar ke Bhutan adalah Astsushi Nakamura yang bertindak sebagai ketua jurulatih pembangunan skuad remaja Bhutan yang terdiri dari akademi, skuad U16 dan juga skuad U19 Bhutan.

Atsushi Nakamura juga memiliki lesen kelas A yang diiktiraf oleh pihak JFA serta mempunyai AFC Pro Diploma License dan mula berkhidmat dari 1 Februari 2018.

Menurut laman web rasmi JFA, tugas utama Atsushi Nakamura adalah untuk memperkenalkan bola sepak kepada kana-kanak serta remaja Bhutan dengan mengadakan pelbagai aktiviti bola sepak dari umur 12 tahun.

 

Sumber