Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand, Akira Nishino dilaporkan menjadi pilihan untuk mengisi jawatan sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).

Baca Juga:

Nama Nishino menjadi sebutan setelah PSSI dan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) menandatangani MoU sebagai satu bentuk kerjasama antara kedua-dua negara.

Menurut laporan media tempatan, Nishino dianggap salah satu calon yang tepat untuk menggalas tugas tersebut dimana fokus utama ialah meningkatkan mutu bola sepak wanita Indonesia.

Akira Nishino
Sumber Gambar: Changsuek

“Semoga kerjasama ini berjalan dengan baik dan memberi hasil untuk bola sepak negara kita. Yang pertama, kita harus fokus mengenai bola sepak wanita.

“Jepun mempunyai rekod yang baik bagi skuad wanita di pentas antarabangsa dan ini yang mahu kita pelajari. Kalau ada jurulatih dari Jepun, kita boleh fokuskan pasukan wanita,” kata Erick Thohir.

Selain pembangunan bola sepak wanita, terdapat tiga lagi fokus utama kerjasama antara PSSI dan JFA iaitu mengenai saingan Liga 1, fasiliti bola sepak Indonesia termasuk VAR dan pembangunan pusat latihan untuk skuad kebangsaan.

Akira Nishino merupakan jurulatih Jepun yang mempunyai pengalaman luas di pelbagai peringkat usia dimana beliau pernah menjadi jurulatih skuad Jepun B-20, B-23 dan juga pasukan senior.

Selain itu, pengendali berusia 68 tahun itu pernah menjadi Pengarah Teknikal JFA dari 2016 hingga 2018 dan kali terakhir menjadi jurulatih Thailand pada 2019 hingga 2021.