JDT dengan sukacitanya mengumumkan kehadiran pemain legenda Argentina, Zavier Zanetti yang akan hadir menyaksikan Piala Sumbangsih 2023.
Baca Juga:
- RASMI: Khairy Jamaluddin Sertai JDT
- Colgate Kini Rakan Rasmi Penjagaan Mulut Liga Malaysia 2023
- RTM Akan Siarkan Secara Langsung 52 Perlawanan Liga Super 2023
JDT dan Terengganu akan berentap dalam aksi Piala Sumbangsih 2023 yang akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim pada 24 Februari akan datang.
Kemeriahan Piala Sumbangsih 2023 akan diteruskan lagi apabila JDT mengumumkan bahawa kelab itu menerima kunjungan legenda Inter Milan, Javier Zanetti dan bebeberapa tokoh lain.
Javier Zanetti bukanlah nama asing dalam arena bola sepak antarabangsa. Kapten legenda Inter Milan itu digelar Mr. Inter Milan kerana kesetiaannya kepada kelab itu.
Inter Milan satu satunya kelab Zanetti di Eropah. Dia menyarung jersi kelab itu dari 1995 sehinggalah 2014. Dia juga memiliki 145 kaps untuk Argentina di dalam kariernya.
Zanetti turut menjadi kapitan yang membantu Inter memenangi treble ketika era Jose Mourinho menjadi pengurus.
He was the first player to captain an Italian club to a treble of the Scudetto, Coppa Italia and Champions League.
He is the most capped player in the history of Inter (858), and won 16 trophies with the club.
Happy birthday Javier Zanetti. pic.twitter.com/1GIolnQvTK
— FourFourTweet (@FourFourTweet) August 10, 2019
Selain daripada Zanetti, JDT turut menerima kunjungan Naser Al Tamimi serta ejen bola sepak terkemuka Morris Pagniello.
Tetamu tetamu tersebut juga akan mengambil kesempatan untuk meninjau ninjau keadaan di kompleks sukan JDT.
Dalam kenyataan yang sama, JDT menyatakan bahawa lawatan ni adalah peluang untuk JDT melebarkan lagi jaringan hubungannya di peringkat antarabangsa dengan tokoh dan organisasi ternana di seluruh dunia.
Dalam kenyataan rasminya JDT menulis: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menerima kunjungan Naib Presiden Inter Milan dan juga bekas pemain antarabangsa Argentina, Javier Zanetti minggu hadapan.”
“Turut sama berkunjung adalah Ahli Lembaga Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan UAE, Bendahari Persekutuan Judo Antarabangsa, Setiausaha Agung Judo UAE Naser Al Tamimi dan ejen bolasepak terkenal Morris Pagniello.”
“Para tetamu ini akan menghadiri perlawanan Piala Sumbangsih menentang Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim pada 24 Februari dan akan mengunjungi Pusat Latihan JDT dalam rangka lawatan mereka ke Johor Bahru.”
“Selain dari mengunjungi Harimau Selatan, lawatan ini juga bertindak sebagai peluang untuk melakukan kerjasama antarabangsa dengan rakan-rakan kongsi ternama dari seluruh dunia. Luaskan Kuasamu Johor.”
JDT TO RECEIVE SPECIAL GUESTS FOR CHARITY CUP MATCH ON FEBRUARY 24
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) will welcome Inter Milan Vice President and former Argentina international Javier Zanetti next weekend.
[1/4] pic.twitter.com/pHzvUz7Tup
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 16, 2023
Selain daripada manfaat kepada JDT, kehadiran Zanetti ini juga memberikan pulangan yang baik kepada Liga Malaysia dari segi publisiti.