Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan mereka telah menandatangani Bergson Da Silva secara tetap dari Fortaleza sekaligus kekal mengetuai jentera serangan pasukan pada saingan Liga Malaysia musim ini.
Perkara ini dikongsikan oleh Pengarah Sukan kelab, Martin Prest menerusi pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers hari ini.
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) are delighted to announce the signing of forward Bergson Da Silva on a permanent deal.
Bergson joined JDT on loan from Brazilian club Fortaleza this season and has scored 11 goals in 11 appearances thus far.
Martin Prest, JDT Sporting Director pic.twitter.com/MRaGXvvXr9
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 20, 2021
Bergson Da Silva pada mulanya menyertai JDT secara pinjaman dari Fortaleza sehingga pertengahan musim ini dan beliau telah berjaya menjaringkan 11 gol dalam 13 perlawanan Liga Super setakat ini.
Prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh pemain berusia 30 tahun itu nyata menarik minat juara bertahan Liga Super untuk menandatangani beliau secara tetap.
Selain menandatangani Bergson secara tetap, baru-baru ini JDT turut mendapatkan khidmat pemain pertahanan dari Australia, Shane Lowry.
Pemain muda yang beraksi bersama kelab England, Wolverhampton Wanderers, Hong Wan turut dibawa masuk bagi menggantikan Hariss Harun yang pulang ke Singapura dengan menyertai Lion City Sailors.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:
TMJ Dedahkan Perancangan Masa Depan JDT, Gonzalo Cabrera Sebagai Pemain Naturalisasi 2022?
Samuel Somerville Tekad Mahu Dapatkan Tempat Dalam Kesebelasan Utama