Pemain tengah San Lorenzo, Jalil Elias dilaporkan sedang berunding dengan JDT untuk menyertai pasukan juara 10 Liga Super berturut turut itu.
Baca Juga:
- TMJ: Tahun Depan JDT Akan Lebih Kuat
- Liga Super 2023: JDT Cemerlang Raih Kejuaraan Ke-10
- Rozaimi Rahamat Sertai Skuad Futsal JDT
Pemain itu menyertai JDT dengan status ejen bebas dan akan menguatkan lagi bahagian tentang pasukan tersebut.
Jalil Elias merupakan pemain yang boleh bermain di 3 posisi. Selain sebagai pemain tengah dia juga boleh bermain sebagai no.6 atau pemain sayap kanan.
Kariernya bermula dengan Newell’s Old Boy yang merupakan akademi melahirkan Lionel Messi. Dia diserap masuk ke pasukan utama beberapa tahun kemudian dan dipinjamkan ke Godoy Cruz dan menyertai kelab itu secara tetap.
Namun pada akhir musim 2018 dia kembali ke Newell’s sebelum kembali semula ke Godoy musim berikutnya.
Selepas beberapa siri perpindahan antara beberapa kelab terutama sekali Godoy, dia kemudian menyertai San Lorenzo pada 2021.
Dan kini Jalil Elias dilaporkan bakal menyertai JDT untuk memperkasakan lagi bahagian tengah Harimau Selatan.
Pada musim lalu dia bermain sebanyak 43 kali untuk san Lornezo dan menjaringkan 2 gol serta 3 assist. Dia turut menjadi kapten San Lorenzo dalamm beberapa perlawanan pada musim lalu.
Dia menyatakan dia tidak terkejut ketika pengurus Diego Martinez melantiknya sebagai kapten kerana dia seringkali menjadi kapten ketika di Godoy Cruz.
Pemain berusia 27 tahun itu nampaknya akan memberikan lebih pilihan kepada JDT di bahagian tengah dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan Liga Super mereka.
TMJ sebelum ini sudah melaungkan amaran bahawa JDT akan tampil lebih kuat pada musim hadapan.
Jalil Elias pernah memberitahu The News Rebeat bahawa dia seorang pemain yang suka dengan latihan intensif sebagai pemain bola sepak. Kerana itu akan membantunya mengekalkan atau meningkatkan lagi prestasi.