Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) laung semboyan menjelang perlawanan penting bertemu pencabar terdekat Liga Super, Sabah di Stadium Sultan Ibrahim pada hari jumaat ini.
Baca Juga:
- TMJ: “Ada Tak Yang Naik Main Untuk Pasukan Wanita JDT?”
- Analisis Taktikal: JDT Manipulasi Kelemahan ‘High Line’ Selangor
- TMJ: Fasiliti Kita Akan Ketinggalan Jika Tidak Tukar Padang
Menerusi komen di Instagram miliknya, TMJ berkata skuad kendalian Esteban Solari itu masih ada misi besar yang belum diselesaikan. Mereka mahu cipta sejarah mendominasi saingan liga utama selama 1 dekad dengan muncul sebagai juara Liga Super kali ke 10 berturut-turut.
“Jumpa di Stadium Sultan Ibrahim hari Jumaat ini keluarga JDT ku. Misi belum selesai untuk mencipta sejarah mendominasi 1 dekad. Perjalanan masih jauh.
“Demi Johor, demi kelab kami, demi keluarga biru merah putih kami. Kami adalah pencipta sejarah dan peneraju dalam setiap aspek. Ini adalah satu fakta dan bukan cerita dongeng atau halusinasi. Jumpa hari Jumaat ini,” kata TMJ.
See you at Sultan Ibrahim Stadium this Friday, my JDT Family. The mission to dominate for one decade is not finished yet. The journey is still long. For Johor, for our club, for our blue, red and white family.
[1/2] pic.twitter.com/7XVD6rOkqT
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) March 29, 2023
JDT bergelar juara Liga Super sejak tahun 2014 dan masih belum ada mana-mana pasukan yang berjaya memecahkan dominasi mereka sehingga sekarang.
Malah, ketika ini, skuad Harimau Selatan itu masih kekal di tangga teratas Liga Super dengan 15 mata maksimum tanpa kalah selepas mengharungi 5 perlawanan dan hanya dipisahkan 2 mata dengan pencabar terdekat, Sabah.
Berdasarkan persembahan awal musim ini, JDT tampak sukar digugat dan tidak mustahil trofi Liga Super akan terus berada dalam tangan Harimau Selatan untuk tempoh sedekad.
Selain itu, JDT juga masih mengekalkan rekod 14 kemenangan berturut-turut dalam semua perlawanan Liga Domestik sejak 11 Oktober 2022.
Pasukan itu juga meneruskan catatan maraton 39 rekod tanpa kalah dalam Liga Super Malaysia sejak 30 April 2021 dan 40 perlawanan dalam liga domestik sejak 4 Mac 2022.
JDT akan menghadapi 4 perlawanan pada bulan Ramadan melibatkan 3 perlawanan Liga Super Malaysia 2023 dan 1 perlawanan Piala FA.
Selain bertemu Sabah pada hari jumaat ini, mereka dijadualkan bertemu Perak FC di Stadium Negeri Perak, Ipoh (4 April), Kedah FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri (9 April) dan perlawanan peringkat kalah mati ‘Round of 16’ Piala FA menetang PDRM FC (19 April) di Stadium MBPJ, Petaling Jaya.