Melalui satu pengumuman yang dibuat oleh pihak AFC semalam, Jawatankuasa Pertandingan AFC telah bersetuju dengan tarikh baru bagi perlawanan pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Menurut kemaskini tersebut, pusingan kelayakan ke-2 Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 zon Asia akan tamat pada 15 Jun 2021 dimana perlawanan ke 7 & 8 akan berlangsung pada bulan Mac 2021, manakala perlawanan 9 & 10 akan berlangsung pada bulan Jun 2021.
Berdasarkan FIFA International Match Calendar, berkemungkinan besar perlawanan pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia itu akan dilangsungkan pada;
- Perlawanan 7 & 8: 22 hingga 30 Mac 2021
- Perlawanan 9 & 10: 31 Mei hingga 8 Jun 2021
Selepas tamat pusingan ke-2 itu, semua 12 pasukan yang layak ke pusingan akhir kelayakan zon Asia akan memulakan perlawanan pada bulan September 2021 dan semua perlawanan pusingan akhir ini akan tamat pada hujung bulan Mac 2022.
- 30 Ogos – 7 September 2021
- 4 – 12 Oktober 2021
- 8 – 16 November 2021
- 21 – 29 Mac 2022
Bagi perlawanan play-off peringkat Asia dan Inter-Continental pula akan dilangsungkan pada bulan Mei/Jun 2022 dan hanya akan dilangsungkan dalam format 1 perlawanan sahaja, bukan timbal balik.
Sementara itu, bagi kejohanan AFC U-19 Championship 2020 yang ditunda sebelum ini telah ditetapkan akan berlangsung pada 3 hingga 20 Mac 2021.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ sediakan untuk anda.
Luqman Hakim Semakin Sado Sejak Bersama KV Kortrijk, Siapkan Badan Untuk Cabar Bola Sepak Eropah!
TERKINI: Pasukan JDT Tidak Dibenarkan Ke Doha Menyertai Kejohanan AFC Champions League.