“Masa untuk ucapkan selamat tinggal”, kata pemain yang berusia 34 tahun itu selepas Argentina tersingkir dari Piala Dunia Russia 2018 apabila tewas 3-4 kepada pasukan Perancis.
Perkara ini diberitahu oleh Javier Mascherano ketika ditemubual oleh sebuah portal dari Argentina, Lo Mas Popular, melalui laman sosial Twitter sejurus selepas tamat perlawanan pertama peringkat kalah mati.
ยกARGENTINA FUERA DEL MUNDIAL! #FRAARG โฝ๏ธ
Mascherano "SE TERMINO, AHORA A SER UN HINCHA MAS DE ARGENTINA" ๐ข pic.twitter.com/JdbirVUeVJ
— ๐๐จ๐๐๐ฌ๐๐จ๐ฉ๐ฎโจ (@lomaspopucom) June 30, 2018
Lagenda skuad La Albiceleste itu yang merupakan pemain ke 2 paling tua dalam pasukan dibelakang penjaga gol Chelsea Willy Cabalero itu telah membuat 147 penampilan bersama skuad kebangsaan Argentina dalam masa 15 tahun sejak melakukan debut pada tahun 2003.
“Mulai sekarang saya hanya seorang penyokong pasukan Argentina”.
“Kami telah memberikan segalanya sehingga saat terakhir, tetapi ia masih belum mencukupi (meraih kemenangan)”, kata beliau sebelum menamatkan temubual.
Javier Mascherano selepas ini mungkin akan lebih memberikan fokus kepada aksi beliau bersama pasukan kelab Hebei China Fortune, kelab Chinese Super League.