Jadon Sancho kini dikenakan satu lagi hukuman tambahan iaitu dilarang untuk berada di dewan makan pasukan utama. Ianya tambahan hukuman kepada penggantungan pemain itu daripada tugasan pada hari perlawanan serta latihan.
Baca Juga:
- Ronaldo Pun Ten Hag Boleh ‘Kick’, Inikan Pula Jadon Sancho
- Sancho Dedahkan Pembohongan Ten Hag
- UCL: Ten Hag Kritik Pertahanan United
Sancho sebelum ini digantung daripada aksi pasukan utama. Dia diarahkan berlatih secara berasingan, semuanya gara gara komen pemain itu ke atas Ten Hag selepas kekalahan Man United di tangan Arsenal beberapa minggu lalu.
Sancho telah menuduh Ten Hag berbohong di sebalik alasan dia tidak dapat diturunkan. Ten Hag pada masa itu berkata, Sancho tidak dapat disenaraikan walaupun untuk simpanan, kerana dia tak berlatih pada tahap yang terbaik.
Sancho menegaskan bahawa kenyataan itu menipu, dan yakin ada sebab lain di sebalik kenapa dia tak diturunkan. Sambil pemain itu menuduh Ten Hag selalu menjadikannya kambing hitam sejak dulu lagi.
Ten Hag yang bengang dengan kenyataan terbuka Sancho telah mengarahkan pemain itu meminta maaf atau dia menjalani hukuman. Sancho kemudian memadamkan tweet kontroversinya, namun pemain itu ternyata enggan meminta maaf.
Sancho akhirnya direhatkan daripada tugasan pasukan dan dia diminta untuk berlatih berseorangan, berasingan daripada pasukan utama.
Kini pemain itu dilarang untuk berada di persekitaran dewan makan, selagi lagi Sancho tidak meminta maaf kepada pengurusnya. Ianya salah satu cara Ten Hag mahu memberitahu pemain itu siapa ‘bos’ sebenar.
Sancho tidak gembira dengan hukuman itu, dan dikatakan sedia untuk angkat kaki pada Januari ini.
🚨 Erik Ten Hag has banished Jadon Sancho from all first-team facilities at Manchester United – including the dining room. ❌
The manager has issued an ultimatum if he wants to return. 😠
He is unhappy with that decision, but is still refusing to apologise.
(Source:… pic.twitter.com/Kg5YbEkMTN
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) September 25, 2023
Ten Hag tidak suka dengan kuasa pemain, dan dia sebelum ini pernah menyingkirkan Ronaldo yang dianggap tidak menghormatinya sebagai pengurus.