Selepas berakhir perlawanan ke-34 saingan J1 League 2019 pada 9 Disember yang lalu menandakan tamatnya saingan liga musim 2019 dengan Yokohama F Marinos ditabalkan sebagai juara.

Kehadiran di Nissan Stadium, Yokohama pada perlawanan terakhir liga J1 League itu berjumlah 63,854 orang merupakan rekod kehadiran perlawanan liga paling ramai dalam sejarah penubuhan J.League sejak 1993 bagi satu-satu perlawanan.

Menurut statistik kehadiran sejak tahun 1993, purata kehadiran penyokong ke stadium pada musim 2019 bagi J1 League adalah yang paling tinggi dengan rekod 20,751 orang dan ini merupakan kali pertama purata kehadiran melebihi angka 20,000 dalam tempoh 26 tahun.

DSC_0286_800_450_86

Pertumbuhan positif 8.8% direkodkan bagi purata kehadiran musim 2019 berbanding tahun sebelumnya dengan jumlah keseluruhan kehadiran penonton ke stadium seramai 6,349,681 orang.

Jika diamati berdasarkan data laporan kewangan tahun 2018, perolehan hasil kutipan jualan tiket hanya menyumbang 16.9% kepada keseluruhan pendapatan kelab secara purata.

Pecahan paling besar perolehan kelab J1 League 2018 adalah hasil dari penajaan yang diterima oleh kelab yang telah menyumbang 44.8% keseluruhan pendapatan yang diterima.

Kashiwa Reysol v Cerezo Osaka, J1 league football match, Hitachi Kashiwa Stadium, Chiba, Japan – 06 May 2017

Mungkin dari segi penajaan pasukan serta nilai komersil lain tiada masalah, tetapi mereka sentiasa cuba memberikan fokus untuk menaikkan lagi bilangan penyokong yang hadir ke stadium menggunakan pelbagai pendekatan yang dirasakan bersesuaian.

Perlu diingatkan juga untuk menjadikan data sebegini ‘valid’, keperluan untuk memberikan data-data kehadiran serta penjualan tiket yang telus adalah wajib. Jika tiada ketelusan, ia sudah mejadi tidak ‘valid’ dan kita tidak mampu mencari penyelesaian untuk menangani masalah yang dihadapi.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Jepun yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Pesanan Hidetoshi Nakata Buat Penyokong Jepun Di Stadium Larkin Pada November 1997

Penyokong Kelab Divisyen 2 Jepun Ini Menangis Kecewa Nama Kelab Ditukar Oleh Pemilik Tanpa Peduli Suara Mereka

Pemasaran Digital J.League Kenal Pasti 6 Jenis Penyokong, Susun Strategi Ampuh Pikat Minat Ke Stadium