Kerajaan Israel mengumumkan kepada rakyatnya bahawa mereka dibenarkan untuk memasuki Qatar bagi menyaksikan Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung pada akhir tahun ini.
Malah dalam satu siaran berita, ianya dianggap berita baik.
Menteri Luar Yair Lapid, Menteri Pertahanan Benny Gantz, dan Menteri Kebudayaan dan Sukan Chili Tropper, membuat kenyataan bersama bahawawarga Israel yang memegang tiket Piala Dunia boleh memohon ID Peminat.
ID tersebut boleh digunakan sebagai visa masuk ke Qatar untuk menonton aksi bola sepak sepanjang piala dunia berlangsung.
Israel menganggap ianya sebagai satu lagi kejayaan politik kerana kedua dua negara setakat ini belum pernah mengadakan sebarang hubungan diplomatik.
Lapid dalam kenyataan rasminya berkata: “Hari ini kami memperoleh satu lagi pencapaian politik yang memenuhi hati peminat.”
“Ini juga akan menjadi titik tolak kepada hubungan mesra yang baharu.”
Seterusnya Gantz menanggap Qatar sebagai negara yang penting dalam mengekalkan kestabilan politik di teluk sambil menambah: “Saya berharap dengan kunjungan rakyat Israel ke negara Qatar, ianya akan dapat mengukuhkan hubungan mesra antara rakyat kedua-dua negara.”
Sumber yang sama menyebut bahawa Israel akan terus berhubung dengan Qatar terutama sekali dalam mengatur penerbangan terus dari Tel Aviv ke Doha.
Good news for Israeli football fans as Qatar permits Israeli citizens to obtain a visa online for #FIFAWorldCup.
Qatar does not have diplomatic ties with Israel.@MollyGambhir brings you this report
For more videos, visit: https://t.co/AXC5qRugeb pic.twitter.com/VmiTxGgL8q
— WION (@WIONews) June 10, 2022
Israel turut merasakan bahawa kangkah ini akan menamatkan kerisauan politik di antara kedua dua negara.