Tiada apa lagi yang dapat bantu pasukan PDRM untuk kekal dalam saingan CIMB Liga Super apabila mereka tewas 0-4 kepada Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam.
Kekalahan itu turut menyaksikan mereka secara rasmi tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan selepas menghuni kedudukan tercorot kerana gagal mencatat sebarang kemenangan dalam 9 perlawanan yang diharungi.
Dalam perlawanan semalam, TFC membuka akaun jaringan seawal minit ke-8 menerusi tandukan Faris Ramli hasil hantaran daripada Lee Tuck.
8' | GOL FARIS RAMLI!@FCTerengganu membuka tirai jaringan menerusi tandukan Faris Ramli. #CIMBLigaSuper2020#TERPDRM#MFLLive pic.twitter.com/ip6trzHuGU
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 25, 2020
Skuad kendalian Nafuzi Zain itu mendominasi permainan dan berjaya menambah gol kedua menerusi sepakan penalti, Tuck pada minit ke-25.
PDRM cuba memperkemaskan corak permainan namun masih gagal memecah kebuntuan gol. TFC bagaikan harimau luka terus menambah gol ketiga pada minit ke-45 menerusi sepakan lencong menarik Tuck dari jarak kira-kira 25 meter yang menerjah ke penjuru kiri gawang pelawat untuk mengukuhkan kedudukan 3-0.
45 + 2' | GOL LEE TUCK! @FCTerengganu menambah jaringan ketiga menerusi jaringan Lee Tuck.#CIMBLigaSuper2020#TERPDRM#MFLLive pic.twitter.com/tPpJzzuOuK
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 25, 2020
Pada minit ke-74, Faris sekali lagi berjaya menambah jaringan keempat pasukannya yang juga gol kedua peribadinya apabila menanduk masuk bola hantaran Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar.
Mengulas mengenai keputusan itu, pengendali PDRM, Ishak Kunju enggan menyalahkan pemainnya sebaliknya mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap penyingkiran pasukan itu ke Liga Premier.
Beliau juga menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk menentukan kedudukannya dalam pasukan.
“Kami tak dapat buat apa yang kami sepatutnya buat. Saya tak salahkan pemain. Saya salahkan diri sendiri 100%. Saya ambil tanggungjawab sepenuhnya untuk kekalahan ini dan saya fikir ini kekalahan terbesar saya. 4 biji besar.
“Sebelum ini tidaklah seteruk itu. Cuma sedikiti kecewa kami tidak melawan, dan itu sangat kecewa,” katanya dalam temubual selepas tamat perlawanan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.
FAP Dapat Kelulusan Daripada SSM Untuk Guna Nama Penang Football Club
12 Pasukan Selesai Lengkapkan Penswastaan Kelab, 9 Lagi Masih ‘On The Way’
TMJ Dedahkan Kontrak Sumareh Ke Selangor Dengan Gaji RM70,000 Sebulan