Pengarah Urusan Inter Miami, Jorge Mas telah mendedahkan bagaimana Lionel Messi akhirnya yakin untuk sertai kelab MLS itu.

Baca Juga:

Dia mengakui bahawa David Beckham banyak terlibat dalam proses memujuk Messi sertai Inter Miami.

Messi akan memperoleh $60 juta setiap musim di Inter Miami dengan gajinya turut dibayar bersama oleh Apple dan Adidas.

Namun pemilik menghabiskan tiga tahun meyakinkan Messi menyertai mereka dari PSG.

Bercakap kepada El Pais, ketua Pengarah Urusan Inter Miami itu juga mendedahkan bahawa kerja untuk menandatangani pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu bermula pada 2019.

Pemilik bersama kelab itu Beckham memainkan peranan penting dalam perpindahan itu dengan bersemuka dengan Messi sendiri.

Jorge Mas berkata: “Saya menghabiskan masa tiga tahun. Satu setengah tahun, sangat rumit.”

“Saya melihat ia rancak dilakukan pada penghujung Mei. Beckham bercakap dengan Leo, ketika itu mereka bercakap hanya mengenai isu bola sepak, kerana dia bermain pada masa itu.”

“Saya tidak mahu dia berasa tertekan. Kami telah bercakap di Barcelona, Miami, Rosario, Doha.. . Saya menghabiskan keseluruhan Piala Dunia di Qatar, menonton Argentina. Kontrak Apple sangat penting untuk memuktamadkan perjanjian ini.”

Messi telah menandatangani kontrak dua setengah tahun dengan Inter Miami sehingga Disember 2025. Apple memainkan peranan penting dalam memeterai perjanjian itu, setelah menandatangani perjanjian 10 tahun, $2.5 bilion dengan MLS awal tahun ini.

Adidas – penaja Messi sejak 2006 dan pembekal kit rasmi MLS – telah meneliti perjanjian perkongsian pendapatan mereka dengan Messi.

Messi akan bergabung dengan rakan sepasukan baharunya pada 5 Julai apabila dia pulang dari bercuti. Dengan beberapa pemain sudah rapat dengannya.

Misalnya pemain legenda Barca, Sergi Busquets. Kemudian Inter Miami berhasrat untuk membawa masuk 2 lagi bekas bintang Barca Jordi Alba dan Luis Suarez ke dalam pasukan mereka.

Messi juga akan bersatu semula dengan bekas pengurusnya di Barca, Tata Martino, yang menggantikan Phil Neville pada penghujung Jun.

Messi kini masih bercuti bersama dengan keluarganya. Dan masih menguruskan hal pindah rumah ke tempat baharunya.