Pemain kebangsaan Malaysia Intan Serah mengumumkan dia menyertai sebuah kelab di Amerika Syarikat.

Dia mengumumkan perkara itu menerusi Facebook rasmi miliknya.

Selain itu, Intan Serah turut meminta peminat mendoakannya untuk fasa baharu kariernya di luar negara.

Di mana Intan Serah akan bermain untuk New York Dutch Lions yang bermain di WPSL.

Intan Serah sebelum ini menukar kariernya daripada pemain futsal profesional kepada pemain bola sepak profesional ketika bermain untuk pasukan Sukan SEA Malaysia 2023 yang lalu.

Kini dia melebarkan sayapnya ke luar negara bersama sama dengan pasukan yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Kelab itu menyatakan, urusan pengumuman rasmi Intan Serah itu agak lengah kerana pemain kebangsaan Malaysia itu perlu menyelesaikan isu dokumentasi di kedutaan Malaysia di Amerika Syarikat.

Ternyata NYDLFC teruja meraikan kedatangan Intan Serah ke dalam pasukan mereka.

Dalam kenyataan rasminya, New York Dutch Lions menyatakan:

“Pemain kebangsaan Malaysia, Intan Serah akan bermain untuk NYDLFC!!”

“Pemain penyerang tersebut agak lewat tiba kerana isu visa yang perlu dia dapatkan daripada kedutaan, dan kini semuanya sudah diselesaikan dan dia sedia untuk memulakan perjalanan baharu dengan kita.”

“Selamat datang ke New York dan kami teruja untuk memiliki kamu dalam paukan kami Intan.”

Rata rata peminat dari Malaysia mendoakan yang terbaik buat pemain wanita kebangsaan itu.

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada Intan Serah.