Tewas 0-2 kepada pasukan Terengganu sebentar tadi mengesahkan Kelantan terhumban ke saingan Liga Perdana bagi musim 2019. Kelantan yang kali terakhir beraksi dalam Liga Perdana pada musim 2008 sebelum dinaikkan ke Liga Super pada tahun 2009.
Prestasi yang buruk dipamerkan oleh pasukan Kelantan itu sebenarnya jelas menggambarkan kegagalan pihak pengurusan skuad dari pantai timur itu untuk menguruskan pasukan dengan baik dan boleh dianggap sebagai caca merba.
Bekas ketua jurulatih Kelantan, Velizar Popov dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook sejurus selepas tamat perlawanan bertemu Terengganu itu menyatakan betapa ini adalah pasukan Kelantan yang diketuai oleh presiden KAFA paling teruk dalam sejarah dan Popov juga turut melabelkan skuad Kelantan musim 2018 ini dengan nama “Bibi FC”.
Selain itu, Velizar Popov yang pernah membimbing Kelantan pada musim 2016 itu juga adalah bukan sebgaia seorang TRW (The Red Warriors) dan hanya penyokong pasukan Kelantan adalah TRW menurutnya lagi.