Selepas pelancaran secara rasmi jersi baharu skuad kebangsaan Malaysia tengahari tadi, dapat diperhatikan bahawa rata-rata majoriti penyokong Harimau Malaya melontakan reaksi yang boleh dikatakan kurang berpuas hati dengan rekaan jersi tersebut.
Dari maklum balas yang diterima melalui komen dilaman sosial terutama Facebook dan juga Twitter, tanpa berselindung para penyokong setia meluahkkan rasa tidak senang kepada kedua-dua jersi home dan away, dan ada juga yang membandingkan dengan rekaan dari jenama yang sama untuk negara-negara lain.
Berikut adalah beberapa komen reaksi penyokong mengenai jersi baru home dan away yang dilancarkan hari ini.
Home kit decent. Away kit 😞😞😞 https://t.co/ksTSo3RCXb
— ahmir azmad (@azmirahmad) December 4, 2020
Taknak cakap banyak nike always be nike soo tak pelik lah baju centu.. but it’s okayy as long as yang pakai tu bangga sebab menyarung jersi malaysia bukan sebab bangga baju cantik😀 https://t.co/RufC6z3X7s
— Faizkan. (@zulalifaiz_) December 4, 2020
Kalau beli pun, atas sebab “Malaysia National Football Team” je… https://t.co/diOD7huuwR
— Hakim_azman14 (@CommanderHakim) December 4, 2020
Teringat jersi edisi 2009/2010,ramai kutuk. Last2 bila menang emas Sukan SEA, menang AAF Suzuki Cup, pakai ramai nak beli 😬
— 🇲🇾 Gaban Malaya😷 (@Gaban77malaya) December 4, 2020
Nike, come on ah. dh brapa tahun tnggu utk release jersi baru, ini yg kome bagi? https://t.co/y2MA8dZGCW
— fariz.zolkefli (@farizolkefli) December 4, 2020
Player bola pakai nmpak mmg smart. Org biasa pakai terus nmpakbmcm baju sukan skolah al hidayah. Lol https://t.co/tydreWE3Kf
— Kamil (@kamil_arifff) December 4, 2020
Knp nampak macam buruk hmmmm
Bubuh nameset baru lawa kot #kekaltenang #belitetapbeli https://t.co/a74xU1DMEF
— Sya`Kir (@Muhammadsyakirx) December 4, 2020
Walau bagaimanapun, dari sudut rekaan dan sebagainya ini pasti tidak akan habis jika diperkatakan namun, apa yang lebih penting adalah prestasi pasukan diatas padang lebih-lebih lagi skuad Tan Cheng Hoe bakal mengharungi baki kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tidak lama lagi.
Siapa sangka dengan jersi ini, Malaysia mampu layak ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022 dan layak ke Piala Asia 2023 secara automatik seterusnya jersi ini bakal menjadi memoribilia hebat dalam sejarah bola sepak kita. Semuanya mungkin.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.