Bola sepak merupakan salah satu sukan kegemaran rakyat Malaysia dan macam-macam cara dilakukan untuk menunjukkan sokongan terhadap bola sepak.
Akan tetapi, liga bola sepak di negara kita tidak terlepas dari masalah dan antara kekangan yang dihadapi oleh bola sepak Malaysia ialah:
- Masalah Kewangan Tidak Menentu
Masalah kewangan menjadi isu utama Liga Malaysia dimana pasukan bertanding berdepan kesukaran untuk mendapatkan dana dan juga penaja.
2. Kekurangan Akses Untuk Menonton Liga Malaysia
Masalah ini sering dihadapi oleh peminat dimana mereka tidak dapat menonton pasukan kegemaran ketika berada dalam situasi tidak berada di hadapan televisyen.
Sebagai salah satu syarikat tempatan yang prihatin terhadap perkembangan bola sepak tanah air, redONE sedar akan masalah ini dan mereka hadir untuk membantu pasukan Liga Malaysia dari segi kewangan agar taraf liga bola sepak di negara ini boleh dinaikkan taraf.
redONE mula terlibat dalam arena bola sepak negara sejak 2017 dan mereka telah menaja beberapa pasukan seperti Kelantan FC,Terengganu FC, Sabah FC dan PDRM FC yang beraksi di Liga Super dan tak lupa juga pasukan Imigresen FC yang beraksi di divisyen dua.
Bukan saja menaja pasukan utama, redONE juga menaja skuad B-23 Tahun, B-21 Tahun, B-19 Tahun dan pasukan akar umbi bagi menyelesaikan masalah kekurangan pemain yang dihadapi negara ketika ini.
redONE berharap dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membantu pasukan Liga Malaysia untuk mengekalkan dan meningkatkan prestasi serta mutu dan kualiti para pemain.
Pada masa yang sama redONE berharap bantuan kewangan ini dapat memberi peluang kepada individu atau pasukan untuk memartabatkan sukan bola sepak Malaysia sekaligus meningkatkan ranking bola sepak negara kita.
Bukan itu sahaja, redONE tampil dengan menawarkan pelan eksklusif iaitu pelan postpaid FC50 agar peminat boleh menikmati internet dan panggilan tanpa had serta mendapatkan jersi pilihan pasukan kegemaran mereka secara percuma.
Tak lupa juga bagi yang mahukan pelan prepaid, redONE ada menawarkan pelan prepaid BeyondLite di mana peminat juga boleh mendapatkan kredit bernilai RM60 secara percuma serta dapat pilihan jersi buat peminat Sabah FC dan Imigresen FC.
Bagi yang disenarai hitam juga dapat menikmati pelan postpaid dan prepaid ini dengan mempunyai rangkaian terluas di seluruh Malaysia. Ketahui dengan lebih lanjut di sini.
Dan untuk mereka yang tidak mahu berbelanja lebih, jangan risau kerana redONE turut hadir dengan pelan RAHMAH yang berharga RM8 setiap bulan. Ketahui dengan lebih lanjut di sini.
Apa yang lagi menarik, syarikat MVNO pertama di Malaysia ini mempunyai keunikan tersendiri di mana mereka menyediakan peraduan eksklusif buat para pengikut mereka di media sosial untuk berinteraksi dengan lebih rapat. redONE menyediakan hadiah menarik setiap bulan khas untuk peminat dan anda hanya perlu follow rapat redONE di platform sosial media seperti Instagram, TikTok, Twitter & Facebook.
redONE sememangnya mengambil langkah tepat untuk menaja pasukan Liga Malaysia serta menawarkan pelan yang cukup menarik untuk peminat bagi memeriahkan bola sepak tanah air.