Bola sepak wanita semakin mendapat perhatian khususnya dari peminat bola sepak tanah air setelah pasukan wanita negara beraksi dalam saingan kelayakan Piala Asia Wanita AFC 2022 pada September lalu.

Bagi menyemarakkan lagi kesedaran mengenai bola sepak wanita dalam negara, BOLDPOD dengan sokongan Womens in Football Malaysia (WIF) telah menganjurkan karnival Women’s Football Weekend yang berlangsung di Kopa Arena, USM baru-baru ini.

“Kami daripada pihak Bangsawan dan telah berada dalam pasaran Malaysia lebih dari lima tahun dan dalam tempoh ini kami telah berjaya promosikan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia. Setakat ini, kami sudah berjaya membantu lebih daripada 150 ribu orang untuk berhenti merokok.

“Baru-baru ini, kami telah melancarkan satu produk iaitu BOLDPOD dimana setelah menjalankan proses penyelidikan dan penambahbaikan selama beberapa tahun kami berjaya menghasilkan satu produk yang mesra pengguna, mudah digunakan dan mampu untuk membantu lebih ramai orang lagi untuk berhenti merokok. Di sini kami mahu memperkenalkan produk BOLDPOD kami kepada rakyat Malaysia.

BOLDPOD

“Inspirasi utama kami dalam mengadakan acara ini adalah menurut kajian yang dilakukan oleh sebuah badan dari Amerika iaitu American Cancer Studies, lebih daripada 95 peratus kematian di kalangan wanita adalah kerana kanser paru-paru dan bukannya kanser payudara.

“Di sini kami mahu membantu wanita di Malaysia untuk memulakan langkah bagi menjalani gaya hidup sihat dan pada masa yang sama memberi sokongan kepada bola sepak wanita negara yang semakin meningkat naik.

“Kami harap, lebih ramai wanita di luar sana untuk lebih berani dan terlibat dalam sukan terutamanya dalam sukan bola sepak sekaligus menjalani kehidupan sihat. Dalam bola sepak, kami berpendapat ianya bukan saja terhad sebagai pemain tetapi ada banyak peluang kerjaya seperti menjadi wartawan, jurulatih, pengadil perlawanan dan ahli fisioterapi.

BOLDPOD
Kredit Gambar: Khairil Ajhar/Red Eagles

Karnival sepanjang dua hari itu yang disertai oleh empat pasukan itu menyaksikan Red Eagles dari Kedah menduduki tempat pertama, Sri Kandi dari Perak menduduki tempat kedua, PIFA dari Pulau Pinang menduduki tempat ketiga dan Ale Ale FC dari Johor menduduki tempat keempat.

Beberapa anugerah turut diberikan kepada pasukan bertanding antaranya BOLDPOD Beyond Ordinary Award untuk Presiden dan pasukan yang diuruskan dengan baik yang dimenangi oleh PIFA. Kopa Arena Most Valuable Player (MVP) dimenangi oleh pemain Sri Kandi, Nur Syafiqah. Atld Pass Best Goalkeeper dimenangi oleh pemain Red Eagle, Hajah Adriana dan Zush Most Outstanding Award dimenangi oleh pemain Ale Ale FC, Marien Cano Mareno.