Umum diketahui bahawa skuad kebangsaan Indonesia akan turun menentang juara Piala Dunia 2022, Argentina dalam satu aksi persahabatan antarabangsa pada Jun ini.
Baca Juga:
- Ketum PSSI Pastikan Argentina Tak ‘Scam’ Dan Lawan Indonesia
- RASMI: Indonesia Adakan Perlawanan Persahabatan Menentang Argentina
- Peminat Indonesia Pelawa Safawi Rasid Beraksi Di Liga 1
Perlawanan antara kedua pasukan akan berlangsung pada 19 Jun ini di Jakarta dan sebelumnya Indonesia akan turun menentang Palestine pada 14 Jun dalam satu lagi aksi persahabatan.
Yang menjadi persoalan adalah berapa yuran yang perlu dikeluarkan oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) bagi mengadakan perlawanan menentang Argentina memandangkan pasukan itu baru saja muncul sebagai juara Piala Dunia.
Menurut laporan media tempatan, PSSI mengeluarkan dana sebanyak 70 Billion Rupiah atau sekitar USD16 Juta bagi mengadakan perlawanan menentang pasukan dari benua Amerika Selatan itu.
Kos ini belum termasuk kos logistik bagi membawa pemain serta pegawai pasukan termasuk makan minum dan juga tempat penginapan bagi kontinjen Argentina.
Ketua Umum PSSI, Erick Thohir enggan berkongsi jumlah sebenar wang yang dikeluarkan oleh badan tersebut dan berkata untuk menentang pasukan terbaik dunia, wang bukanlah satu isu bagi PSSI.
“Intinya kita jangan bercakap tentang wang. Anda semua harus yakin kita sedang membangun sebuah badan yang telus. Kalau bercakap tentang wang, adakah kita miskin? Kita harus bersikap profesional mengenai perkara ini. Jangan bercakap seolah-olah kami miskin. Ini bukan perkara biasa. Ini semua tidak boleh diukur dengan wang.
“Saya kurang gemar apabila kita bermain bola sepak kerana wang. Kita bermain bola kerana negara. PSSI akan ada audit tahunan. Kita akan umumkan kepada semua apabila sudah selesai audit nanti,” katanya.