Luqman Hakim disahkan tidak dapat beraksi dalam Sukan SEA 2023 atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan pemain itu.
Baca Juga:
- Luqman Hakim Tidak Tersenarai Dalam Skuad Sukan SEA 2023
- VIDEO: Rangkuman ‘Debut’ Luqman Hakim Bersama Njardvík
- Luqman Hakim Sumbang Satu ‘Assist’ Pada Aksi Kompetitif Pertama Bersama Njardvík
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam siaran media sebelum ini mengumumkan senarai 25 pemain dipanggil oleh ketua jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) kebangsaan, E. Elavarasan untuk menyertai kem latihan pusat bermula 19 April bagi menghadapi acara bola sepak lelaki Sukan SEA Cambodia 2023 pada bulan depan.
Dan tiada nama Luqman Hakim tersenarai di dalamnya. Pelbagai spekulasi membelenggu berita tersebut.
Malah ada yang mempersoalkan semangat patriotik pemain itu sehingga menolak panggilan kebangsaan.
Luqman Hakim merupakan antara pemain muda yang sangat berbakat di Asia Tenggara. Malah pernah mendapat pengiktirafan daripada akhbar berpengaruh The Guardian sebagai antara prospek bola sepak yang harus diberikan tumpuan.
Malaysian wonderkid Luqman Hakim, listed in the Guardian’s top 60 young footballers of 2019, has received an offer from Newcastle United. #nufc [Arena] pic.twitter.com/luY3yHba3n
— NUFC360 (@NUFC360) June 18, 2020
Seorang individu yang dipercayai rapat dengan Luqman Hakim menjelaskan alasan di sebalik kenapa Luqman Hakim tidak menyahut panggilan kebangsaan untuk Sukan SEA 2023.
Non-Executive Director KV Kortijk, Amin Fuad menyatakan bahawa, jadual Liga Iceland yang bertembung dengan Sukan SEA Cambodia 2023 adalah punca kenapa Luqman Hakim tidak dapat menyertai pasukan bimbingan E. Elavarasan.
Ianya adalah salah satu alasan Luqman Hakim terpaksa melupakan tugasan Sukan SEA 2022, selain daripada kejohanan itu di luar kalendar antarabangsa FIFA.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Amin Fuad menerusi beberapa ciapan ringkas beliau di Twitter.
Diharap dengan penjelasan tersebut maka selesailah kekeliruan yang membelenggu peminat bola sepak di Malaysia.
Berikut adalah senarai panggilan kebangsaan untuk latihan pusat sebagai rangka persiapan untuk Sukan SEA 2023.