Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memilih Indonesia sebagai tuan rumah temasya Piala Dunia B-17 Tahun yang bakal berlangsung pada 10 November hingga2 Disember ini.

Perkara ini diumumkan oleh FIFA setelah mengadakan selepas mengadakan mesyuarat bersama ahli badan itu yang memutuskan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia B-17 Tahun.

Sebanyak 20 pasukan termasuk tuan rumah sudah melayakkan diri ke temasya edisi kali ini dan yang paling utama, Israel tidak berada dalam senarai tersebut.

Israel menjadi punca kepada keputusan FIFA untuk menarik balik hak Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia B-20 Tahun pada bulan Mac lalu.

Selepas perjumpaan antara Presiden FIFA, Gianni Infantino dan Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir, FIFA memutuskan untuk membatalkan hak Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia B-20 Tahun selepas menilai beberapa faktor.

Gabenor Bali, I Wayan Koster menolak kehadiran Israel ke negeri tersebut dimana Bali sebelumnya turut dijadikan sebagai venue untuk proses undian peringkat kumpulan.

Sebelum ini, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Indonesia menolak kehadiran skuad B-20 tahun Israel dimana mereka menjadikan isu kemanusiaan dan keamanan seperti kezaliman regim Israel ke atas Palestine sebagai faktor utama mengapa mereka menolak.

Antara pasukan yang telah mengesahkan tempat mereka dalam temasya Piala Dunia B-17 tahun kali ini ialah:

1. Burkina Faso, Mali, Morocco, Senegal (wakil CAF)

2. Kanada, Mexico, Panama, Amerika Syarikat (wakil CONCACAF)

3. Argentina, Brazil, Ecuador, Venezuela (wakil CONMEBOL)

4. New Caledonia, New Zealand (wakil OFC)

5. England, Perancis, Jerman, Poland, Sepanyol (wakil UEFA)

Pasukan dari Asia pula akan ditentukam selepas temasya Piala Asia B-17 Tahun yang sedang berlangsung ketika ini.