Skuad B-23 tahun Indonesia dan Thailand menerima tamparan hebat apabila mereka tidak dibenarkan untuk menggunakan bendera negara masing-masing pada aksi saingan peringkat kelayakan AFC B-23 tahun yang akan bermula pada 25 Oktober ini.
Hukuman ini dikenakan selepas Agensi Anti Doping Dunia (WADA) mengenakan penggantungan terhadap kedua-dua negara ekoran tindakan badan anti doping Indonesia dan Thailand yang dianggap tidak mengikuti standard yang ditetapkan dalam mendapat hasil ujian daripada atlet yang lebih berkesan.
#News | 🇹ðŸ‡ðŸ‡®ðŸ‡© Because of The World Anti-Doping Agency (WADA) 's ban, the national flags of Thailand and Indonesia cannot be flown at major events other in 1 year.
Therefore, both flags will not be allowed to appear in the 2022 AFC U23 Asian Cup Qualifiers.#AFC #PSSI #FAT pic.twitter.com/L9BOjOVzUF
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) October 20, 2021
Denda yang dikenakan terhadap dua negara ini tidak terhad dalam sukan bola sepak sahaja namun ianya melibatkan semua sukan dimana atlet dari Thailand dan Indonesia masih dibenarkan untuk mengikuti acara sukan di peringkat Asean, Asia dan dunia namun tidak boleh mengibarkan bendera semasa penyertaan.
Seperti contoh ketika skuad badminton Indonesia yang baru-baru ini memenangi Piala Thomas 2020 di Aarhus, Denmark minggu lalu, bendera Merah Putih tidak kelihatan ketika para pemain menerima pingat dan piala, hanya logo badminton negara tersebut yang dibenarkan untuk digunakan di sekitar venue.
Terdahulu, Russia dikenakan hukuman sama dimana mereka tidak dibenarkan untuk menggunakan bendera ketika atlet negara itu bertanding dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. Malah, kontinjen Russia menggunakan nama Russian Olympic Committee (ROC).
Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) masih menunggu surat rasmi dari Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai hukuman yang dikenakan ke atas mereka.
“Kami masih menunggu surat dari FIFA dan AFC tentang larangan yang dikenakan ke atas kami. Yang pasti dalam mana-mana kejohanan bola sepak, lagu kebangsaan masing-masing pasti bakal dinyanyikan terlebih dahulu,” kata Setiausaha Agung PSSI, Yunus Nusi.
Indonesia berada dalam kumpulan G bersama Australia dan aksi kelayakan bakal diadakan di Tajikistan manakala thailand berada dalam kumpulan J bersama Malaysia, Laos dan Mongolia. Aksi kelayakan kumpulan J pula akan berlangsung di Ulaanbaatar.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
Penyenaraian Annil Vigneswaran Dalam Skuad B-22 Tahun Cetus Tanda Tanya
Putera Mahkota Kemboja Batalkan Niat Beli Kelab Ligue 1, Saint-Étienne