Senarai 23 pemain skuad B-22 tahun negara bagi membawa cabaran pasukan negara dalam saingan peringkat kelayakan AFC B-23 tahun di Ulaanbaatar, Mongolia telahpun dimuktamadkan baru-baru ini.
Ketua jurulatih pasukan, Brad Maloney menyenaraikan barisan pemain yang sudah mempunyai pengalaman beraksi bersama skuad kebangsaan dan juga muka baharu bagi menggantikan pemain yang tidak dapat menyertai pasukan ekoran kecederaan.
Senarai Akhir 23 Pemain Ke Kelayakan Piala Asia B-23 2022 Di Ulaanbaatar, Mongolia
Berikut senarai pemain dipilih Brad Maloney bagi menghadapi saingan Kumpulan J di Ulaanbaatar, Mongolia, 25-31 Oktober 2021.
Baca penuh di https://t.co/SX6lMjOLYD#FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/H8K8RJl0YK
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 19, 2021
Namun, satu nama mendapat perhatian ramai pihak khususnya peminat bola sepak tanah air iaitu pemain pertahanan, Annil Vigneswaran yang beraksi bersama kelab divisyen lima Jerman, SGV Freiburg.
Penyenaraian Annil mencetuskan tanda tanya apabila beliau tidak beraksi bersama akademi elit atau mana-mana pasukan dalam negara berbanding pemain tempatan lain yang tidak tersenarai dalam skuad kali ini.
Gagal ke AMD
Gagal ke SSM
Gagal ke SSN
Gagal ke PLD
Gagal wakil daerah di MSSD
Gagal wakil negeri ke MSSMTidak mengapa…
Boleh terus wakil Malaysia utk kelayakan AFC B23 di Mongolia
Mungkin jauh lebih baik dari homegrown talent kita di sini
— Youth Football Malaysia (@youthfootballmy) October 19, 2021
Selain itu, tinjauan kami di media sosial menunjukkan ada pihak yang mendedahkan Annil tidak mempunyai sebarang minit bermain bersama kelabnya.
Namun, perkara itu tidak menjadi masalah untuk beliau dan juga Brad sekaligus namanya terus diserap masuk ke dalam skuad B-22 negara. Annil juga tidak beraksi dalam tiga aksi persahabatan menentang kelab Liga Malaysia yang diadakan sebelum bertolak ke Ulaanbaatar.
https://twitter.com/rabonamike/status/1449644017856221185?s=21
Meskipun beraksi di luar negara, perkara tersebut tidak boleh dijadikan sebagai jaminan seseorang pemain itu mampu untuk beraksi dan menyesuaikan diri bersama skuad kebangsaan tanpa ada penilaian yang lebih lanjut dari pihak pengurusan dan staf kejurulatihan.
Apatah lagi ada pemain yang beraksi di liga domestik yang mempunyai minit bermain yang lebih baik serta mempunyai pengalaman beraksi bersama pasukan negara selain pernah memenangi gelaran di saingan peringkat akar umbi.
Malaysia akan bertemu Laos pada 25 Oktober 2021 (3.00 petang) diikuti aksi menentang tuan rumah, Mongolia pada 28 Oktober 2021 (11.00 pagi) dan perlawanan terakhir berdepan Thailand pada 31 Oktober 2021 (11.00 pagi) bagi merebut tempat ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan pada Jun 2022.
Ketiga-tiga perlawanan tersebut dijadual berlangsung di Stadium MFF, Ulaanbaatar yang menggunakan permukaan padang rumput tiruan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia dan skuad B-22 Tahun negara di sini: