Hadiah berupa imbuhan bonus akan diberikan kepada pemain pasukan Perak sekiranya mereka berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala FA bagi saingan musim ini.
Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sudahpun memaklumkan kepada pemain mengenai pemberian hadiah tersebut namun tidak mendedahkan jumlah yang akan diberikan.
“Saya akan memberi sejumlah bonus kepada semua pemain dan pegawai jika mereka berjaya memasuki final Piala FA dan akan memberi sekali lagi bonus jika berjaya membawa pulang trofi berkenaan.
“Jumlahnya saya sudah tetapkan namun belum maklumkan kepada pemain, tetapi jumlah itu signifikan dan saya percaya pemain akan rasa gembira jika mereka menerima bonus berkenaan,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Perak ketinggalan setelah mereka tewas dengan keputusan 3-1 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur minggu lalu.
90+3'| GOLAZOO GOULON!
Percubaan dari tengah padang oleh Herold Goulon mencipta momen yang cukup magis di Kuantan, memperdayakan penjaga gol Perak, Hafizul Hakim untuk jaringan gol ketiga Pahang!@OfficialPahang 3-1 @peraktbgmy #ShopeePialaFA2019#MFLLive#PHGPRK pic.twitter.com/PsOce1pQgF
— MFL LIVE (@MFL_Live) June 22, 2019
Ketua jurulatih pasukan, Mehmet Durakovic dijangka membuat beberapa perubahan khususnya di posisi penjaga gol setelah Hafizul Hakim membuat kesilapan ketika perlawanan pertama.
Mehmet dijangka menurunkan penjaga gol kedua, Khairul Amri Salehuddin bagi mengawal pintu gol skuad The Boss Gaurus daripada dibolosi.