Anak kepada legenda skuad kebangsaan Singapura iaitu Ilhan Fandi berhijrah ke Belgiu dimana beliau menyertai kelab yang beraksi di divisyen dua iaitu KMSK Deinze.

Baca Juga:

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab menerusi pengumuman di laman media sosial pada Ahad lalu dimana pemain berusia 20 tahun itu akan mula menyertai pasukan pada bulan Januari tahun hadapan.

“Saya sangat berbesar hati dan berterima kasih atas minat yang ditunjukkan Deinze terhadap saya serta harapan mereka terhadap diri saya. Saya bersyukur dengan peluang yang diberikan dan akan memberikan yang terbaik buat pasukan.

“Saya sangat teruja dengan peluang ini dan tidak sabar untuk mula beraksi dengan pasukan Belgium,” kata Ilhan.

Ilhan juga berterima kasih kepada Albirex kerana membuatkan masanya di kelab itu sebagai satu pengalaman yang cukup menyeronokkan.

Ilhan Fandi menyertai kelab Albirex dari Young Lions pada April tahun ini. Dalam kempennya baru-baru ini, dia menjaringkan 17 gol semasa Albirex menjuarai SPL pada musim lalu. Penyerang muda itu sudah empat kali menyarung jersi pasukan negara.

Denize dimiliki oleh firma ACA Football Partners yang berpangkalan di Singapura. Kelab itu kini berada di tangga kelapan daripada 12 pasukan divisyen kedua Belgium, selepas menduduki tempat keempat pada musim lalu. Kelab itu berpangkalan di wilayah East Flanders.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ACA Football Partners Hiroyuki Ono berkata: “Kami berbesar hati mengalu-alukan kedatangan Ilhan, bintang bola sepak Singapura yang cerah masa depannya, ke KMSK Deinze dan untuk bekerjasama dengan Albirex Niigata FC Singapura.

Bercakap mengenai kerjasama itu, pengerusi Albirex Singapore, Daisuke Korenaga, berkata penghijrahan Ilhan “berpotensi menjadi titik perubahan penting dalam bola sepak Singapura,” kata Hiroyuki.