Beberapa tahun lalu Arsene Wenger telah mengemukakan satu idea untuk menggantikan lontara ke dalam dengan sepakan ke dalam sebagai satu cara untuk memaksimumkan lagi masa bermain.
Dan ianya akan dicuba susulan perbincangan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa pada mesyuarat agung tahunan mereka.
Bekas pengurus Arsenal, yang merupakan ketua pembangunan bola sepak global FIFA, sebelum ini berkata bahawa lontaran ke dalam dan sepakan percuma adalah pembaziran masa yang paling besar.
Wenger menyatakan bahawa, idea mereka adalah untuk “menjadikan permainan lebih hebat dan lebih pantas” dan telah mencadangkan pemain memulakan semula dengan kaki mereka dan bukannya melontar dalam had lima saat.
IFAB – kumpulan pembuat peraturan terdiri daripada FIFA, FA, Ireland FA, Scotland FA dan FA Wales – bertemu di Doha, Qatar untuk perhimpunan tahunan mereka, yang dipengerusikan oleh presiden FIFA Gianni Infantino, pada pagi Isnin.
Selepas mengesahkan bahawa membenarkan lima pemain gantian akan dibuat kekal dalam perlawanan peringkat tertinggi, yang sebelum ini satu langkah yang pertama kali digunakan semasa wabak.
FIFA kemudian mengeluarkan kenyataan mengenai beberapa lagi sesi percubaan untuk beberapa prosedur pada masa akan datang. Ini termasuk termasuk kemungkinan akan meminta pengadil menerangkan beberapa keputusan dengan cara yang serupa dengan kesatuan ragbi.
“Percubaan / ujian lain seperti, prosedur penjelasan keputusan pengadil tertentu semasa perlawanan, pengiraan masa bermain yang berpotensi lebih adil, dan sepakan ke dalam juga dibincangkan,” kata IFAB.
Arsene Wenger set to make a big impact on football once again! 😮 #AFC https://t.co/Or9E5VnwiK
— football.london (@Football_LDN) June 13, 2022
“Sebarang ujian lain memerlukan kebenaran dan akan diawasi oleh The IFAB dan FIFA.”
Bagi peraturan lima pemain gantian, IFAB telah bersetuju dan mengesahkan lanjutan tempoh percubaan untuk pertukaran melibatkan kecederaan gegaran pada kepala (concussion).