Mantan Presiden Bayern Munich, Uli Hoeness melancarkan serangan ke atas PSG dan Man City yang menurutnya telah menunjukan kepada dunia bahawa wang tidak menjamin apa apa.

Hoeness malah melemparkan kritikan dengan kata kata kesat dalam satu podcast. Hoeness memang dikenali dengan sikapnya yang agak cakap lepas dalam berkomentar dan sangat fanatik dengan Bayern Munich.

Dalam podcast tersebut, Uli Hoeness mempersenda kegagalan Man City dan PSG dalam usaha mereka mahu menjadi pasukan dalam kelompok pemenang Liga Juara Juara Eropah selepas berbelanja wang yang sangat banyak.

Hoeness berkata: “Setakat ini, mereka tak menang apa apa. Tiada langsung.”

“Kedua dua kelab itu tidak ada walaupun satu Piala Liga Juara Juara Eropah sekalipun.”

“Wang sial kamu tak cukup untuk membeli kejayaan.”

“Mereka akan terus kalah dengan kami. Bukan kalah sentiasa, namun kadangkala. Dan ketika kami [Bayern] menang ke atas mereka, kami sangat gembira.”

PSG dan City sekali lagi menjadi pasukan pilihan dalam kempen Liga Juara Juara Eropah musim ini.

Sebelum ini City dan PSG masing masing tewas di final Liga Juara Juara Eropah.

Bayern Munich terus menjadi pasukan yang memiliki reputasi dan juga prestasi yang baik di pentas Eropah. Skuad bimbingan Julian Nageslmann itu sedang menikmati musim yang sangat produktif musim ini di hadapan gol.