Sebuah portal bola sepak Vietnam hari ini mendedahkan bahawa naib juara V.League 2019, Ho Chi Minh City FC telah gagal mendapatkan khidmat Rivaldinho untuk saingan musim 2020 ini.

Anak kepada pemain lagenda Brazil, Rivaldo itu dikatakan tidak berminat untuk berhijrah ke Vietnam kerana mahu terus mencari tapak untuk membina kerjaya bola sepak di eropah.

Rivaldinho kini beraksi untuk sebuah kelab dalam saingan liga bola sepak Romania, FC Viitorul Constanta dan memiliki kontrak sehingga bulan Jun 2021.

RIVALDINHO-3-1024×683

“Dia seorang pemain yang masih muda dan mahu mencari peluang di eropah. Kita tahu eropah adalah tempat dimana bapanya (Rivaldo) terkenal, dan asia tenggara adalah tempat yang asing untuk mereka. ”

“Kami telah diperkenalkan oleh ejen mengenai Rivaldinho. Pastinya kami tidak melihat kepada kaitan dengan Rivaldo tetapi kepada prestasi permainannya, namun dia telah menolak tawaran kami ketika itu.”

Walau bagaimanapun, beberapa sumber dari kelab Ho Chi Minh City FC kini dalam perancangan untuk melakukan rundingan kali kedua dengan pemain itu untuk membawa beliau ke Vietnam.

Pihak pengurusan kelab dikatakan sanggup membayar yuran perpindahan pemain itu yang menceceah €800,000 atau sekitar RM3.67 juta dan mahu pemain itu mencipta gandingan mantap bersama Nguyen Cong Phuong untuk mengungguli takhta saingan V.League 1.

Kelab Ho Chi Minh City FC juga telah membawa beberapa lagi pemain tempatan yang berstatus bintang untuk memperkuatkan lagi pasukan dengan misi untuk memberikan cabaran dalam kejohanan diperingkat Asia musim hadapan.

Ikuti artikel seterusnya dibawah yang telah kami sediakan untuk anda.

Kembar Kacukan Malaysia-Australia Kini Beraksi Dengan Skuad Remaja FC Den Bosch, Kelab Liga Divisyen 2 Belanda

Kelab Jepun Ini Catatkan Kerugian RM81.67 Juta Pada Musim 2019, Bakal ‘Bungkus’ Buat Kali Ke-2 Dalam Sejarah

Pengarah Teknikal VFF Tidak Setuju Sambung Kontrak, Vietnam Hilang ‘Perancang’ Utama Generasi Emas