Neymar sertai Al Hilal nampaknya bukan sekadar impian oleh peminat kelab itu. Kerana ianya benar benar berlaku.

Baca Juga:

Fabrizio Romano menulis ‘Here We Go, Neymar ke Al Hilal’ dalam tweet terbaru pakar perpindahan eropah itu.

Rundingan Neymar dengan Al Hilal sudah berlangsung dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Dengan kira kira 2 minggu lalu, Neymar menyatakan hasratnya untuk menyertai kelab Arab Saudi itu.

Namun berita itu dinafikan ayahnya yang melabel L’Equipe sebagai penyebar berita palsu sambil menegaskan Neymar komited untuk kekal di PSG.

Ternyata laporan itu berasas. Di mana PSG dilaporkan menerima tawaran hampir €100 juta untuk membeli Neymar dari kelab mereka.

Neymar tertarik dengan pakej gaji tetap €100 juta semusim selepas cukai bersama kelab Arab Saudi itu dengan kontrak 2 tahun. Lebih menarik, Neymar adalah kuasa publisiti yang besar.

Memiliki banyak penaja peribadi, kini dia akan mengawal sepenuhnya hak imej dia sendiri tanpa berkongsi dengan kelab. Dia juga akan menikmati bonus yang lain.

Al Hilal sebelum ini berminat mendapatkan Mbappe namun pemain itu menolak perpindahan itu.

Neymar akan diberikan jersi no.10 di kelab baharunya dan akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat ini.

Pemain antarabangsa Brazil itu cuba dijual PSG musim lalu namun gagal kerana gajinya terlalu tinggi. Dia cuma mahu mengurangkan gajinya jika dia dia menyertai Barcelona sahaja.

Ianya mustahil kerana situasi ekonomi Barca tidak mengizinkan Neymar kembali ke kelab itu.

Kemudian PSG menyertakannya semula dalam perancangan pasukan. Tetapi ultras PSG sepanjang musim lalu beberapa kali menghentam Neymar dan menghalaunya. Sehingga ada protes di hadapan rumahnya.

Kini Neymar benar benar pergi meninggalkan PSG setelah dia dibeli dengan nilai €212 juta – yang merupakan klausa pelepasan di Barca pada masa itu – pada 2019.

Neymar sertai Al Hilal dan sudah pastinya dia akan diraikan sebagai superstar di kelab itu.