Lionel Messi telah memutuskan untuk sertai Inter Miami sebagai ejen bebas. Berita itu benar benar mengejutkan ramai.

Baca Juga:

Pemain itu yang berstatus free agent selepas kontraknya dengan PSG berakhir dikaitkan dengan beberapa kelab termasuk Inter Miami sendiri.

Kelab yang sangat hangat dikaitkan dengan Messi adalah Al Hilal dan Barcelona.

Al Hilal menawarkan gaji €300 juta semusim kepada juara dunia 2022 itu.

Sementara Barcelona benar benar berharap akan dapat membawa pulang pemenang 7 Ballon d’Or tersebut.

Wartawan Guille Balague akhirnya tampil dengan laporan bahawa Messi telah memutuskan untuk menolak kesemua tawaran daripada kelab lain untuk sertai Inter Miami.

Kelab Inter Miami berpangkalan di Amerika Syarikat merupakan kelab milik David Beckham dan rakan niaganya.

Piala Dunia B-20
David Beckham

Inter Miami sebelum ini memang sudah menghantar tawaran kepada Messi. Di mana mereka turut menawarkan pakej selepas persaraan buat Messi.

Messi pula pernah menyatakan bahawa dia dan isterinya sangat sukakan kehidupan di Amerika Syarikat.

Itu antara faktor yang Messi rasakan akan dapat menarik minatnya berkarier di Amerika Syarikat sebelum bersara.

Messi seringkali dianggap GOAT bola sepak dunia. Pemain yang memiliki segalanya di dalam kariernya termasuk trofi Piala Dunia.

Lionel Messi yang sinonim dengan Barcelona nampaknya terpaksa menolak tawaran kelab yang dicintainya itu.

Barcelona pula sudah cuba sedaya upaya mahu membawa Messi pulang.