Harry Kane ke Bayern Munich kini berada dalam proses akhir apabila sesi ujian medikal untuk pemain itu sudah pun ditempah.

Harry Kane dilaporkan setuju untuk menyertai Bayern Munich dan terbang ke Jerman pada hari ini untuk memuktamadkan proses akhir perpindahan tersebut.

Semalam Bayern dan Tottenham capai kesepakatan harga untuk Harry Kane. Yang dilaporkan lebih £100 juta.

Kemudian Spurs menyerahkan kepada Kane untuk menentukan sama ada dia mahu menerima perpindahan terseubt atau tidak.

Ianya saga perpindahan yang agak panjang untuk kedua dua kelab meterai. Memandangkan Daniel Levy seorang yang sangat sukar dibawa berunding.

Kunci utama kepada perpindahan ini adalah Harry Kane yang memberitahu sendiri kepada kelab bahawa dia mahu menyertai Bayern Munich.

Lembaga Pengarah Bayern sudah menyatakan bahawa mereka tidak rela melihat pemain itu pergi secara percuma pada musim hadapan. Dan mereka berharap Levy menerima tawaran £80 juta daripada Bayern sebelum ini.

Namun Levy berkeras meminta lebih £100 juta untuk pemain itu. Dan akhirnya dikatakan kedua dua pasukan mencapai kesepakatan dalam harga tersebut untuk bayaran wajib dan bonus dimasukkan di dalamnya.

Ketika Bayern cuba menyelesaikan perpindahan Kane, pemain itu dikatakan turut mendapat tawaran daripada beberapa kelab lain namun akhirnya Bayern memenangi tandatangan kapten antarabangsa England itu.

Kane memiliki rekod jaringan yang luar biasa di EPL. Dan kini Kane sudah bersedia ke Bayern Munich untuk menggegar Bundesliga pula.