Arsenal dilaporkan telah berjaya dapatkan Jorginho dari Chelsea.

Baca Juga:

Pemain antarabangsa Itali itu berada dalam senarai untuk dijual oleh Chelsea yang ketika ini berusaha mendapatkan Enzo Fernandez dan juga Moises Caicedo.

Arsenal turut dalam persaingan mendapatkan Moises Caicedo. Namun menjadikan Jorginho sebagai opsyen alternatif jika mereka gagal mendapatkan pemain Brighton itu.

Fabrizio Romano mengemaskini perkembangan rundingan antara Arsenal dengan Jorginho dengan ayat keramatnya ‘Here We Go’.

Arsenal membayar £12 juta untuk Jorginho yang bermain di bahagian tengah.

Pemain itu setuju dengan kontrak sehingga 2024 dan akan menjalani pemeriksaan medikal di Arsenal.

Arteta menjadi kunci utama dalam kejayaan Arsenal dapatkan Jorginho.

Arteta sudah lama meminati gaya permainan Jorginho yang dianggap sangat sesuai dengan taktikal yang dia mahu terapkan.

Jorginho memiliki kemampuan menghantar bola yang sangat baik dan juga dikenali dengan gaya penaltinya yang unik digelar Jorginho hop.

Pengalaman juga menjadi antara perkara dipertimbangkan Arteta untuk memasukkan pemain senior dalam pasukan muda.

Arsenal benar benar terdesak mahukan pemain tengah baharu. Dengan rundingan mendapatkan Moises Caicedo dilihat semakin tidak realistik kerana kekangan masa dan harga yang diminta Brighton terlalu tinggi.

Brighton menolak bidaan Arsenal yang sebelum ini dikatakan sekitar £70 juta untuk pemain itu.

Chelsea yang sudah berbelanja besar juga berharap dapat menjual Hakim Ziyech dalam jendela perpindahan kali ini dengan PSG berada dalam rundingan dengan mereka.