Penyerang baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Heberty Fernandes tidak mudah berasa selesa dan tetap perlu bekerja keras memburu tempat dalam kesebelasan utama pasukan selepas ini.
Baca Juga:
- RASMI: Heberty Fernandes Perkuat Jentera Serangan JDT
- Tonton Video ‘Power’ Pengenalan Pemain Baharu TRUE Bangkok United, ‘Heberty Fernandes Is TRUE!’
- Muangthong United Nafi Ada Kelab Jepun Mahu Dapatkan Heberty Fernandes
Penyerang dari Brazil ini menyifatkan JDT adalah satu pasukan yang memiliki ramai pemain berkualiti dan sedar ia adalah tugas yang besar apabila hadir ke pasukan seperti ini untuk memastikan prestasinya sentiasa di tahap terbaik.
Sudah tentu, dengan adanya Bergson da Silva, Fernando Forestieri dan Diogo Luis Santo menyaksikan persaingan yang sengit di bahagian depan namun ini akan memberikan variasi lebih menarik daripada corak serangan JDT.
Apa yang pasti, Fernandes tidak akan mensia-siakan peluang yang diberi dalam memberikan persembahan terbaik terutamanya dalam usaha untuk menghadiahkan seberapa banyak jaringan kepada pasukan ini.
Bahkan, keterujaannya kian kemuncak selepas melihat sendiri aksi yang ditampilkan rakan sepasukan di pentas final Piala FA 2023 dan kini menunggu untuk merasai detik seperti itu sekali lagi selepas ini.
Penyerang baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Heberty Fernandes tidak mudah berasa selesa dan tetap perlu bekerja keras memburu tempat dalam kesebelasan utama pasukan selepas ini.
Baca lanjut di ➡️ https://t.co/qBBT3uvFcO#PialaFA2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/SwMV5WCdQz
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 27, 2023
“Ianya merupakan persembahan yang cukup cemerlang daripada JDT dan saya sangat gembira apabila dapat menjadi sebahagian daripada keluarga ini.
“Saya berharap kita boleh meneruskan rentak kecemerlangan seperti ini dan akan mendapat lebih banyak kejuaraan sepertimana yang disasarkan untuk pasukan.
“Saya juga pernah menyaksikan banyak perlawanan yang melibatkan JDT, jadi saya tahu sejauh mana kualiti yang ada pada pasukan ini dan saya nak ucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahukan saya di sini (sejak 2018).
“Jadi saya akan cuba untuk menjaringkan seberapa banyak gol dan harap dapat menggembirakan lagi penyokong-penyokong yang ada di sini.
“Sudah tentu, kami semua (Bergson, Forestieri, Diogo) akan ada persaingan yang sihat di mana saya sendiri tidak boleh selesa dan perlu kerja lebih keras untuk mendapat tempat”, jelasnya kepada MFL.
Penyerang berusia 34 tahun itu sebelum ini cemerlang selaku bekas penjaring terbanyak Liga Thailand pada musim 2014 dengan rekod 26 gol ketika mewakili Ratchaburi Miltr Phol.
Pada musim lepas, Heberty beraksi bersama Bangkok United serta berjaya membantu kelab itu raih gelaran naib juara Liga Thailand dan menjaringkan 35 gol dalam 70 penampilan bersama Bangkok United.