Debut Kai Havertz bersama Chelsea sangat tidak memuaskan. Havertz terus disenaraikan untuk memulakan perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Brighton pada hari pertama musim liga untuk The Blues.

Chelsea menang 3-1, tetapi Havertz tidak menyumbang sebarang perkara yang signifikan di dalam perlawanan tersebut

Havertz bermain selama 80 minit. Dan beliau dilihat masih tercari cari rentak permainan.

Havertz sedar bahawa harapan ke atas beliau pastinya tinggi. Ini kerana beliau menjadi rekod pembelian kelab yang baru.

Namun, Havertz menegaskan bahawa beliau tidak merasa terbeban. Beliau mengakui sudah sedia untuk memberikan prestasi terbaik tanpa memikirkan soal harga.

“Sudah tentu, tanda harga saya tinggi, tetapi saya rasa dalam era bola sepak moden ini adalah wajar untuk membayar begitu banyak,” tegas Havertz.

“Saya tidak akan membuat diri saya terlalu tertekan kerana saya rasa prestasi terbaik atau terburuk saya tidak ada kaitan dengan harga yang tinggi.”

Beliau kemudian menyatakan, daripada memikirkan soal harga, beliau lebih fokus untuk menumpukan soal membaiki prestasinya dan mendapatkan segera rentak di dalam pasukan baharunya.

“Saya cuba memberi tumpuan kepada bola sepak dan berusaha bermain bola sepak terbaik saya di Chelsea dan tidak terlalu memberikan tekanan kepada diri saya dengan memikirkan soal lain [termasuk harga],” sambung Havertz

“Saya hanya mahu bermain bola sepak, saya suka bermain bola sepak. Itulah sebabnya saya berada di sini, dan saya akan berusaha melakukan yang terbaik,” katanya.

Havertz menjadi salah seorang bakat muda elit di pentas Eropah ketika di Bundesliga sebelum ini.

Beliau kini perlu untuk menyesuaikan diri secepat mungkin dengan pasukan dan liga baharu.

Baca juga perkembangan lain

TERKINI: Bayern Terima Bidaan Liverpool Untuk Thiago

Tiada Sancho, Grealish & Bale Datang Ke United Kerana Mereka Dah Habis Duit, Kata Tim Sherwood

Berbatov Selar Tindakan Chelsea Bayar Angka Tak Masuk Akal Untuk Havertz