Ketua jurulatih skuad B-22 tahun negara, Brad Maloney memanggil pemain pertahanan Selangor, Harith Haiqal bagi menyertai kem latihan pusat menjelang saingan kelayakan AFC B-23 tahun yang akan bermula pada hujung bulan ini.
Perkara ini diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi laman media sosial rasmi badan itu sekaligus memberikan Brad salah seorang pemain penting beliau.
Harith Haiqal Tersenarai Ke Latihan Pusat Harimau Malaya B-22
Jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Brad Maloney telah memanggil pemain pertahanan Selangor FC 2, Harith Haiqal Adam Afkar, 19, untuk melapor diri ke kem latihan pusat Fasa 2, esok. pic.twitter.com/SUnbNW2npe
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 16, 2021
Sebelum ini, Harith dilaporkan tidak dapat beraksi bersama skuad B-22 tahun negara ekoran tidak mendapat pelepasan daripada kelabnya, Selangor yang sedang mengalami krisis di bahagian pertahanan.
Menurut perkongsian Youth Football Malaysia, keputusan Selangor untuk memberi pelepasan kepada pemain berusia 19 tahun itu untuk menyertai skuad B-22 tahun adalah kerana pengumuman oleh kerajaan yang memendekkan tempoh kuarantin.
Pastinya ada kena mengena dengan keputusan kerajaan memendekkan tempoh kuarantin selepas pulang dari luar negara
Ianya bakal membolehkan Harith membantu Selangor dlm beberapa perlawanan Piala Malaysia sejurus selepas pulang dari Mongolia https://t.co/HURU8bhHUy
— Youth Football Malaysia (@youthfootballmy) October 16, 2021
Pemendekan tempoh kuarantin ini membolehkan Harith terus beraksi bersama Selangor dalam saingan Piala Malaysia selepas menamatkan tugasan bersama skuad kebangsaan.
Pasukan negara akan berlepas ke Ulaanbaatar, Mongolia pada 20 Oktober bagi menghadapi saingan kelayakan dari 25 hingga 31 Oktober ini. Malaysia diundi dalam kumpulan J bersama Laos, Mongolia dan Thailand.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:
Nafuzi Zain: Kami Bangga Dengan Perkembangan Faisal Halim Musim Ini
Masalah Bahasa Tidak Halang Manuel Ott Beraksi Bersama Adriano Dan Giovane Gomes