Ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain menegaskan beliau bangga melihat perkembangan yang ditampilkan oleh pemain sayapnya, Faisal Halim sehingga mendapat perhatian dari kelab luar negara.
Baru-baru ini beberapa kelab di Eropah dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat Faisal selepas melihat persembahan yang ditampilkan oleh pemain itu pada aksi persahabatan pasukan negara menentang Jordan dan Uzbekistan.
Nafuzi menegaskan minat terhadap Faisal tidak menjejaskan persiapan Terengganu bagi menghadapi saingan Piala Malaysia, sebaliknya menjadi motivasi tambahan buat pasukannya.
“Ketika ini, kami hanya tahu yang ejen menunjukkan minat. Kami tidak tahu perkara itu betul atau tidak. Sekiranya betul, kami akan mengambil serius kerana kami mahu yang terbaik bagi Faisal.
“Kami bangga melihat perkembangan yang telah beliau tunjukkan. Dia beraksi dengan baik bersama kami, menunjukkan prestasi yang bagus meskipun pasukan kebangsaan tewas kepada Jordan dan Uzbekistan,” katanya menurut laporan The Star.
Nafuzi Zain turut memberi komen mengenai dua lagi pemainnya yang beraksi bersama pasukan kebangsaan baru-baru ini iaitu pemain pertahanan, Arif Fadzilah dan pemain sayap, Hakimi Abdullah.
“Sebagai jurulatih, saya bangga melihat kemajuan dalam karier mereka. Namun mereka tidak boleh cepat berpuas hati.
“Semakin dikenali, anda perlu bekerja lebih keras dan mereka ini pemain muda yang mempunyai peluang untuk menjadi lebih baik,” tambahnya.
Ketiga pemain ini berpeluang untuk dipanggil oleh Tan Cheng Hoe bagi beraksi dalam saingan Piala AFF Suzuki yang akan bermula pada hujung tahun ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:
Masalah Bahasa Tidak Halang Manuel Ott Beraksi Bersama Adriano Dan Giovane Gomes
Shebby Singh Cadang Harimau Malaya Pakai Formasi 3-4-3 Di Piala Suzuki AFF 2020