Ketua jurulatih pasukan Harimau Muda B-23, E. Elavarasan menegaskan pemainnya akan lakukan yang terbaik untuk memenuhi harapan peminat melihat Malaysia layak ke Piala Asia B-23 2024.
Baca Juga:
- Hilang Fokus Punca Skuad Malaysia B-23 Tewas Kepada Vietnam
- FAM Tak Jadi Hantar Skuad Malaysia B-23 Ke Sukan Asia
- Presiden FAM Mahu Pemain Malaysia B-23 Bangkit Tunjuk Mentaliti Sang Juara
Malaysia yang telah diundi dalam Kumpulan H akan memulakan kempen Kelayakan Piala Asia B-23 2024 dengan perlawanan menentang Bangladesh hari ini jam 5.30 petang waktu Malaysia.
🗓️Jadual skuad kebangsaan sepanjang bulan September 2023#AFCU23 #HarimauMalaya pic.twitter.com/Ds1r3xirKy
— VOCKET FC (@vocketfc) September 4, 2023
Selepas dua kali berdepan detik mengecewakan termasuk di Sukan SEA Kemboja dan Piala AFF B-23 tahun ini, para pemain Harimau Muda enggan kalah lagi dalam kempen kelayakan kali ini.
Malah, Elavarasan turut sedar ia bukan tugas mudah dan menjelaskan bahawa pasukannya akan berusaha keras bagi memenuhi harapan penyokong.
“Kami hadir ke sini (Thailand) dengan sasaran sama iaitu paling kurang meraih slot ke pusingan akhir. Kami melakukan penggiliran pemain dan berharap pemain yang ada dalam skuad dapat melakukan yang terbaik untuk kejohanan ini.
“Harapan di Malaysia sangat tinggi dan kami datang ke sini sudah pasti mahu melakukan yang terbaik serta cuba memenuhi apa yang penyokong mahukan,” katanya pada sidang media di Thailand, semalam.
Berdasarkan senarai pemain yang dipanggil, Elavarasan telah mengekalkan 13 daripada 23 pemain skuad Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Rayong, Thailand pada 17 hingga 26 Ogos lalu, antaranya termasuk beberapa muka baharu seperti M. Rakesh, Saiful Jamaluddin dan penjaring terbanyak kejohanan, Alif Ikmalrizal Anuar.
Sementara baki pemain lain terdiri daripada lapan pemain dari skuad Sukan SEA 2023 yang tidak berada dalam senarai ke Kejuaraan B-23 AFF 2023 iaitu Mukhairi Ajmal Mahadi, Harith Haiqal Adam Afkar, Ahmad Zikri Khalili, Azam Azmi Murad, Safwan Mazlan, T. Saravanan, Haqimi Azim Rosli, dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.
Dua pemain berpangkalan di luar negara iaitu Luqman Hakim Shamsudin dan Nooa Laine turut akan menyertai pasukan.
Selepas menentang Bangladesh, mereka dijadualkan bertemu Filipina pada Sabtu, 9 September 2023 (5.30 petang waktu Malaysia) dan tuan rumah, Thailand pada Selasa, 12 September 2023 (9.30 malam waktu Malaysia), dengan ketiga-tiga perlawanan berlangsung di Stadium Chonburi.