Juara saingan V-League musim 2019, Hanoi FC bersedia untuk membayar pampasan sebanyak €40 Ribu kepada SC Heerenveen bagi melepaskan Doan Van Hau untuk beraksi dalam temasya Sukan SEA 2019.

Temasya dwi tahunan itu berada di luar kalendar Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekaligus tidak memberi kekangan kepada Heerenveen sama ada mahu melepaskan Van Hau untuk beraksi bersama skuad B-22 tahun Vietnam atau sebaliknya.

Hanoi
Doan Van Hau

Bagi mendapat pelepasan daripada kelab Eredivisie itu, Hanoi perlu membayar pampasan berupa gaji sebulan Van Hau berserta beberapa yuran yang dianggarkan sebanyak €40 Ribu.

Selepas membantu skuad senior berdepan pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Thailand pada perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Van Hau terus menyertai sesi latihan bersama skuad B-22 sebagai persiapan untuk menghadapi Sukan SEA.

Menurut laporan VN Express, saingan Sukan SEA sedikit-sebanyak mengganggu perancangan yang telah ditetapkan oleh pengurus Heerenveen, Johnny Jansen dimana Johnny bercadang untuk menggunakan khidmat Van Hau sepenuhnya setelah temasya tersebut tamat.

Hanoi
Doan Van Hau

Pengendali skuad The Golden Dragons, Park Hang-seo pula menyatakan ketiadaan Van Hau bakal memberikan impak besar terhadap pasukannya dan menggesa agar Hanoi membawa pulang pemain tersebut.

Tekanan yang diberikan oleh Hang-seo tidak memberikan Hanoi pilihan lain dan mereka terpaksa akur untuk membayar sejumlah pampasan.

Setakat ini, Van Hau belum membuat sebarang penampilan bersama pasukan utama Heerenveen dimana beliau hanya diturunkan bersama pasukan pembangunan dalam tiga perlawanan terakhir.

Baca artikel lain mengenai Doan Van Hau yang telah kami sediakan di sini:

Akibat Terlepas Penerbangan, Doan Van Hau Gagal Hadiri Sesi Latihan Vietnam

Lebih 200,000 Pengikut Baru Facebook SC Heerenveen Sejak Doan Van Hau Diperkenalkan Sebagai Pemain Baru

Bek Kiri Vietnam, Doan Van Hau Sah Sertai Kelab Eredivisie SC Heerenveen