Pengurus Barcelona, Ronald Koeman mempertahankan taktikal yang digunakannya ketika aksi seri menentang Granada. Di mana Barcelona bermain dengan sistem yang sangat direct dan berasaskan hantaran lintang.
Crosses, crosses, and more crosses…
Koeman trying to impersonate Zidane, but he is forgetting that Zidane had CR7 at the helm and we have Luuk de Jong 😬 pic.twitter.com/nSFcUT7D2j
— FC Barcelona Fans Nation (@fcbfn_live) September 20, 2021
Pada separuh masa pertama, Barca melakukan 23 hantaran lintang, tak satu pun yang tepat.
Jauh daripada DNA tiki taka yang pernah kita lihat di Barcelona sebelum ini. Namun pengendali dari Belanda itu menyatakan bahawa Barcelona sudah melakukan tugasan yang baik dengan perlaksanaan taktikal yang terbaik berdasarkan situasi yang melanda pasukan ketika ini.
Koeman meminta penyokong Barca menerima hakikat bahawa pasukan mereka sekarang bukanlah pasukan tiki taka seperti 8 tahun lalu.
Koeman menegaskan bahawa penilaian harus dibuat dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk kecederaan beberapa pemain.
Barcelona hampir dimalukan oleh Granada. Mujur pada minit akhir perlawanan Ronald Araujo menanduk masuk gol penyamaan. Untuk membolehkan Barcelona mendapat 1 mata daripada hampa.
Koeman berkata: “Lhatlah senarai pemain dalam skuad kami. Kami melakukan apa yang kami mampu. Kami tak ada pemain dari era tiki taka. Kami ada gaya permainan kami sendiri.”
“Asas sistem kami pada separuh masa pertama adalah dengan 4-3-3, kemudian saya terpaksa membuat pertukaran berdasarkan pemain pemain yang saya ada di bangku simpanan.”
“Ini bukan Barcelona yang lapan tahun lalu. Begitulah keadaannya sekarang. Dengan Ansu [Fati] dan [Ousmane] Dembele, ianya berbeza kerana kami lebih kuat.”
Koeman kemudian menyatakan, tiada siapa akan gembira kerana seri dengan Granada. Dia juga menyalahkan pemain lawan yang terlalu membuang masa dan melengahkan perlawanan.
Lantas Koeman menegaskan, jika pengadil memberikan lebih banyak masa tambahan menggantikan masa yang dilengahkan Granada, maka Barcelona boleh menang.
“Tiada siapa yang boleh gembira apabila seri denga Granada. Rasanya pasukan kami melakukan tugas dengan sebaiknya, dan jika ada masa lebih sikit tadi, kami boleh menang,” kata Koeman merujuk kepada corak permainan Barca pada 10 minit terakhir yang sangat baik.
Baca juga artikel
TERKINI: James Rodriguez Sedang Berunding Dengan Kelab Qatar
PSG Bangkit Dari Ketinggalan, Messi Terus Buntu Dan Berang Dikeluarkan