Penyerang skuad B-22 tahun negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak percaya perpindahan beliau ke Azul Claro Numazu akan memberikan beliau lebih banyak minit bermain.
Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, Hadi berkata selain memburu minit bermain yang lebih banyak, beliau menyasarkan untuk menjadi seorang pemain yang lebih bagus berbanding sebelumnya.
Hadi Fayyadh sedia bukti kredibiliti bersama pasukan baru, Azul Claro Numazu di saingan J3 League.
Ikuti perkongsian istimewa bersama wartawan Shahrazad Sani @shahrazadsani pic.twitter.com/TeX6RRXOWn
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 22, 2021
“Dua tahun yang lalu saya datang ke Jepun dengan usia yang sangat muda dan saya dapat belajar serta meraih banyak pengalaman di sini.
“Saya yakin perpindahan saya ke Numazu akan menjadi satu pengalaman yang hebat. Ini adalah peluang terbaik saya untuk mendapatkan minit bermain selain menjadi pemain yang lebih bagus,” kata Hadi.
Hadi menyertai Azul Claro Numazu yang beraksi di J3 secara pinjaman dari kelab J2, Fagiano Okayama bagi mengharungi saingan musim 2021.
Bersama Fagiano, pemain berusia 21 tahun itu jarang mendapatkan peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama dimana beliau banyak memanaskan bangku simpanan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Hadi Fayyadh di sini:
Hadi Fayyadh Diperkenalkan Sebagai Pemain Azul Claro Numazu, Pakai Jersi Nombor 27 Musim 2021