Penyerang skuad Sukan SEA Malaysia, Hadi Fayyadh kini sedang sibuk menjalani latihan pra-musim bersama rakan sepasukan di kepulauan Okinawa, sebuah pulau dibahagian selatan Jepun.

Kem latihan pra-musim pasukan Fagiano Okayama itu akan diadakan selama 8 hari mulai semalam 19 Januari sehingga 26 Januari 2020, dimana keadaan cuaca di kepulauan Okinawa adalah sangat bersesuaian untuk semua pemain kerana tidak mengalami kesejukan melampau yang mampu menggangu sesi latihan.

Berdasarkan kemaskini oleh laman web rasmi kelab, Hadi Fayyadh kelihatan cukup gembira bersama rakan sepasukan lain ketika tiba di Okinawa dan bersedia untuk menghadapi sesi pra-musim yang cukup penting musim ini.

img2020012000324295970600

Mengikut pengumuman yang dibuat pada minggu lalu berkenaan nombor jersi yang akan digunakan oleh semua pemain Fagiano Okayama dalam musim 2020 ini, Hadi Fayyadh masih kekal menggunakan jersi nombor 28 seperti musim lalu.

Walaupun musim 2019 tiada penampilan dalam saingan J2 League atau pun kejohanan piala peringkat domestik diperolehi oleh beliau, musim ini diharapkan Hadi Fayyadh mampu berusaha lebih keras untuk mencari tempat sebagai regular pasukan Fagiano Okayama.

Sebagai rekod, dalam musim 2019 Hadi Fayyadh hanya turun beraksi dalam perlawanan ‘J.League Development League’ dalam 2 perlawanan mengumpul 61 minit masa bermain dan menjaringkan 1 gol.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

ACL2020: Tai Po FC Kalah Semua 5 Perlawanan Terakhir Saingan Domestik, Petanda Awal Kedah FA Bakal Terbang Ke Korea Selatan

Fasiliti Kelab Divisyen 5 Jepun Ini Jauh Lebih Profesional Berbanding Majoriti Pasukan Liga Super Malaysia

Umpanan Padu Bekas Pemain Oita Trinita Ini Bakal Dinikmati Norshahrul Idlan Talaha Di BG Pathum United