Pasukan dari Korea Selatan, Gyeongnam FC muncul sebagai naib juara K League 1 apabila berjaya menewaskan Suwon Samsung Bluewings 2-1 dalam perlawanan ke 36 sebentar tadi.
Dengan keputusan itu juga membolehkan Gyeongnam FC muncul sebagai pasukan ke 3 dari Korea Selatan dalam saingan AFC Champions League 2019 dan berada dalam kumpulan E diposisi E1 bersama dengan Johor Darul Ta’zim diposisi E2.
Ini merupakan penampilan pertama Gyeongnam FC dalam kancah AFC Champions League.
2 lagi pasukan diposisi E3 dan E4 hanya akan dapat ditentukan berdasarkan situasi berikut;
Posisi E3 Kumpulan E
Seperti yang sudah sedia maklum, posisi E3 dalam kumpulan E merupakan slot untuk pasukan dari China PR.
Untuk mengetahui pasukan mana yang akan mengisi slot E3 ini, penyokong JDT perlu menunggu sehingga tamat perlawanan akhir 2018 Chinese FA Cup diantara Shandong Luneng dan Beijing Sinobo Guoan.Perlawanan akhir ini akan berlangsung secara timbal balik pada hari ini 25 November 2018 (1st Leg) dan 30 November 2018 (2nd Leg).
Pasukan yang tewas dalam 2018 Chinese FA Cup akan berada dalam slot play-off untuk bertemu pemenang diantara TRUE Bangkok United dan Hanoi.
Posisi E4 Kumpulan E
Bagi posisi E4 pula hanya dapat ditentukan apabila J League 1 tamat serta pemenang Emperor’s Cup diketahui.
Dalam saingan J League 1 sekarang 3 pasukan sedang bersaing hebat untuk cuba menamatkan saingan liga dikedudukan kedua – Sanfrencce Hiroshima, Kashima Antlers dan Consadole Sapporo.
Salah satu dari kelab diatas akan berada dalam posisi E4 dalam kumpulan E dan sekiranya berjaya mengatasi pemenang diantara Newcastle Jets / Home United / Juara Liga 1 Indonesia akan memberikan saingan kepada pasukan JDT di AFC Champions League 2019 nanti.