Pep Guardiola menegaskan betapa bahayanya Neymar dan Kylian Mbappe, menjelang pertembungan di antara Paris Saint-Germain vs Manchester City di separuh akhir Liga Juara-Juara.
City akan berkunjung ke Parc des Princes untuk separuh akhir pertama UCL musim ini. Dan pengendali Man City itu menghamburkan pujiannya kepada Neymar dan Mbappe kerana ketajaman mereka.
Sejak bergandingan pada 2017, duo serangan Neymar dan Mbappe telah menghasilkan lebih dari 200 gol untuk PSG. Membantu kelab itu menjuarai tiga Ligue 1.
Oleh kerana itulah Guardiola tak senang duduk malah tak boleh tidur lena sekalipun kerana memikirkan Neymar dan Mbappe.
“Saya selalu percaya, dengan kualiti yang dimiliki pemain ini, tidak ada taktikal bertahan yang mampu untuk menghentikannya. Mereka terlalu bagus. Saya cuba tidur lena malam tadi tapi tak dapat.”
It's Kylian Mbappe & Neymar up next for #ManCity, and here's what Pep Guardiola had to say on the PSG duo:https://t.co/iHXIbP67V5
— City Xtra (@City_Xtra) April 27, 2021
“Dan saya hanya tidur nyenyak ketika saya tidak memikirkannya. Itulah kenyataannya,” tegas Guardiola dalam sidang medianya.
“Mereka adalah pemain kelas dunia yang bakat mereka sukar dipercayai, itulah sebabnya mereka bermain dalam pasukan itu dengan kualiti yang mereka miliki.”
“Kami akan berusaha menghentikannya, dan cara yang akan kami lakukan adalah bertahan dengan baik sebagai sebuah pasukan dan bermain bola sepak yang baik sebagai satu pasukan juga, di samping berusaha menjaringkan gol, ” jelas Guardiola.
Ini adalah kali kedua Man City sampai ke separuh akhir UCL sejak yang pertama pada 2015/16. Pep Guardiola sangat berharap para pemainnya fokus dan menyelesaikan tugasan mereka sebaiknya.
“Sudah tentu kita harus menyesuaikan sesuatu ketika bermain melawan pemain seperti itu, tetapi pada masa yang sama, kita tidak akan dapat memahaminya.”
“Kita berjuang untuk sampai ke tahap ini, untuk kedua kalinya dalam sejarah kami.”
“Kita harus menyesuaikan diri dengan setiap perkara, seperti melawan Tottenham misalnya, atau melawan [Wilfried] Zaha dengan [Crystal] Palace.”
“Ini adalah perkara biasa, tetapi kami akan berusaha melakukannya, seperti yang kami lakukan selama lima tahun terakhir. Saya yakin kita akan berusaha menjadi diri kita sendiri, dan mendapatkan hasil yang kita perlukan untuk aksi kali ini.”
PSG merupakan finalis pada tahun lalu. Salah satu sebab kenapa mereka memecat Tuchel adalah kerana kegagalan dalam UCL. Adakah Mauricio Pochettino akan berjaya memberikan mereka UCL kali ini?
Pochettino pernah sampai ke peringkat ini dan ke final ketika bersama dengan Spurs.
Baca juga artikel
Marcelo Yakin Real Madrid Akan Pamer Taring Sebenar Di Stamford Bridge
RASMI: Bayern Lantik Anak Jati Bavaria, Julian Nagelsmann Gantik Flick
TERKINI: 3 Legenda Invincibles Sertai Daniel Eks Untuk Beli Arsenal Dan Singkir Kroenke