Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mempertahankan penyerangnya, Erling Haaland yang gagal menampilkan persembahan terbaik ketika bertemu Bournemouth dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2022/23, kelmarin.
Beraksi di Stadium Etihad, The Cityzens berjaya mencatatkan kemenangan selesa 4-0 hasil jaringan Ilkay Gundogan, Kevin De Bruyne, Phil Foden dan jaringan sendiri Jefferson Lerma.
Pada perlawanan tersebut, Haaland hanya mampu membuat lapan sentuhan sepanjang 74 minit beraksi dimana salah satu daripadanya merupakan bantuan jaringan buat Gundogan dan kemudiannya beliau digantikan dengan Julian Alvarez.
Guardiola beranggapan corak permainan bertahan yang diamalkan skuad kendalian Scott Parker itu sepanjang perlawanan membuatkan Haaland berdepan kesukaran untuk beraksi baik.
“Tugasan yang paling sukar di dunia ialah apabila anda merupakan seorang penyerang dan pemain pertahanan lawan bertahan dalam kawasan seperti dilakukan Bournemouth,” ujar Guardiola menurut sumber Goal.
“Mereka mempunyai tiga orang pemain bek tengah dan dua pemain di hadapan [pertahanan] serta semua orang berada di tengah padang. Bagaimana anda mahu menghadapinya? Ia cukup sukar.”
“Kami akan menemui banyak situasi seperti ini, tetapi persoalannya adalah berkenaan dengan masa, keadaan yang tepat, tempo yang tepat dan gerakan yang tepat.”
“Tetapi, kualiti pemain yang kami ada dibelakangnya, untuk melakukan bantuan jaringan, kami akan mencarinya. Saya tidak ragu-ragu dengannya [kemampuan Haaland],” tambah Pep Guardiola lagi.
Haaland bagaimanapun cemerlang pada aksi sulung bertemu West Ham United apabila beliau meledakkan dua gol dalam membantu Manchester City meraih kemenangan 2-0.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.
EPL 2022/23: Ragam Tuchel, Conte Hiasi Kebangkitan Tottenham Ikat Chelsea
Man United Nafi Ancam Tamatkan Kontrak Cristiano Ronaldo Kerana Sikapnya
Subkhiddin: Kelakuan Begini Tidak Dialu-Alukan Dalam Bola Sepak Peringkat Tinggi